GERAN SEPADAN PTPTN(Daftar Apply)

PERMOHONAN GERAN SEPADAN PTPTN (Cara Daftar Apply Insentif Sehingga RM10000)

Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPT) telah menawarkan Geran Sepadan PTPTN kepada semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Peruntukan sebanyak RM1 bilion adalah sebagai insentif kepada ibu bapa yang membuat penabungan bagi tujuan Pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang. Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

Syarat Permohonan Geran Sepadan PTPTN

Permohon yang layak perlu memenuhi syarat-syarat yang berikut :

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
  2. Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
  3. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.

Nilai Permohonan Geran Sepadan

 Setiap pendeposit layak memohon sehingga tidak melebihi RM10000 bagi satu keluarga. Jumlah yang agak besar dan amat membantu setiap keluarga.

Cara Permohonan Geran Sepadan

Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:

  1. Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
  3. Salinan My Kad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

Cara Daftar Akaun SSPN-I Online

 Untuk membuka akaun SSPN online, tidak kiralah sama adaa kaun SSPN-iatau SSPN-i Plus, anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi SSPN Online di pautan https://lovesspn.ptptn.gov.my/
  2. Klik ‘Daftar SSPN-i’ atau ‘Daftar SSPN-iPlus’ yang terletak pada menu atas sebelah kanan.
  3. Klik ‘PembukaanAkaun’
  4. Pilih Skim / Pakej
  5. Isi MaklumatAnak / Peribadi pada paparan borang disediakan
  6. Pilih Kaedah Potongan, anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.
  7. Fahami terma dan syarat yang ditetapkan. Klik ‘Setuju’.
  8. Buat  Bayaran, masukkan minima deposit kedalam akaun tersebut. (Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
  9. Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.
  10. Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.
  11. Lebih mudah dan cepat tanpa perlu keluar dan beratur di kaunter lagi!
  12. Untuk ‘SSPN-i Plus’, Pembukaan akaun di kaunter juga digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.

 Maklumat Lanjut

 Pelanggan boleh berkomunikasi dengan PTPTN dalam tempoh PKP melalui kaedahberikut:

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  2. Menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di atas; atau
  3. Mengemukakan pertanyaan di  e-Aduan PTPTN. Pegawai kami akan memberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 SoalanLazim

 Bagaimanakah cara untuk membuat simpanan secara potongan gaji atau menamatkan potongan gaji?

Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN-i yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i sekiranya slip akuan telah hilang?

Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.

ARTIKEL LAIN

PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA:CARA PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS

SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)

PTPTN ONLINE : SEMAKAN BAKI & BAYARAN BALIK

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *