PERMOHONAN PERMIT KUOTA PEKERJA ASING (Login ePPAx)
Kepada para majikan yang ingin mengambil pekerja asing bagi tahun 2023, kini anda boleh membuat permohonan menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx). Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU ePPAx
Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) merupakan satu platform atas talian yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan penggajian pekerja asing oleh majikan merangkumi pelbagai jenis mekanisma pengambilan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
ePPAx juga seiring dengan kemajuan teknologi dimana bagi memudahkan proses pengambilan pekerja warga asing dilakukan oleh majikan secara dalam talian sahaja.
OBJEKTIF ePPAx
Platform secara atas talian seperti ePPAx amat signifikan bagi melancarkan serta mempercepatkan proses pengendalian permohonan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Ini Sistem Ini bermatlamat untuk menyediakan platform yang holistik dan menyeluruh bagi melengkapkan kitaran pengurusan pekerja asing di Malaysia meliputi fasa sebelum penggajian, semasa penggajian dan selepas penggajian
SASARAN PENGGUNA ePPAx
Sasaran pengguna utama sistem ini adalah:
- Majikan swasta
- Pegawai JTKSM
- Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Agensi Kawal Selia (AKS) bagi setiap sektor terlibat dalam penggajian pekerja asing
PRA-SYARAT PENGGAJIAN PEKERJA ASING
Berikut adalah merupakan pra syarat penggajian pekerja asing yang perlu dilaksanakan oleh majikan iaitu:
- Kerajaan telah menetapkan pra syarat kepada majikan yang berhasrat untuk memohon atau sedang menggajikan pekerja asing seperti berikut:
- Mengiklankan kekosongan jawatan dalam tempoh 30 hari sebelum permohonan dibuat
- Membuat pembayaran gaji pekerja asing melalui bank
- Menyediakan penginapan kepada semua pekerja asing yang digajikan
- Memastikan semua pekerja asing bercarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
KATEGORI PEKERJAAN YANG DIBENARKAN
Pekerja asing hanya dibenarkan digajikan bagi kategori pekerjaan asas. Walau bagaimanapun, bergantung kepada sektor dan sub sektor tertentu, penggajian pekerja asing bagi kategori selain pekerjaan asas adalah dibenarkan mengikut polisi semasa.
SENARAI JAWATAN PEKERJA ASING DIBENARKAN
Senarai jawatan dibenarkan seperti berikut:
Sektor/Sub Sektor | Jawatan Yang Dibenarkan |
Perkilangan |
|
Pembinaan | Buruh Pembinaan (Kerja Bangunan) |
Perladangan |
|
Pertanian |
|
Pengkuarian & Perlombongan | Pekerja Am |
Restoran |
|
Pembersihan/Pencucian |
|
Hotel | Pengemas Bilik |
Kargo | Pekerja Pengangkutan Barang dan Buruh Penyimpanan |
Kedi | Kedi Golf |
Pulau Peranginan | Pengemas Bilik |
Pusat Urut Kaki | Tukang Urut Spa |
Spa | Tukang Urut Spa |
Borong & Runcit |
|
TEMPOH PEKERJA ASING DIBENARKAN BEKERJA
Pekerja asing dibenarkan bekerja di negara ini bagi tempoh 5 tahun dan tempoh lanjutan selama 5 tahun (5+5).
CARA DAFTAR ePPAx(PERMOHONAN PEKERJA ASING)
Berikut adalah merupakan cara pendaftaran sistem ini bagi majikan yang merupakan pengguna kali pertama iaitu:
- Layari pautan https://www.eppax.gov.my/
- Pada halaman utama, klik pada Daftar Baharu
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan muat naik dokumen sokongan diperlukan
- Setelah lengkap klik Hantar
- Selesai, anda boleh login untuk membuat permohonan
CARA PERMOHONAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING ePPAx
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan penggajian pekerja asing iaitu:
- Layari pautan https://www.eppax.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Lalaun anda
- Seterusnya klik pada menu Permohonan Pekerja Asing > Permohonan Baharu
- Klik pada pautan Jawatan yang ingin dipilih
- Lengkapkan maklumat permohonan dan klik Hantar
- rujukan permohonan serta cawangan yang akan memproses permohonan dipaparkan
- Perakuan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung malausia dijana
- Majikan akan ditemuduga oleh Agensi Kawal Selia di OSC
- Keputusan permohonan akan dikeluarkan
- Seterusnya majikan akan membuat pembayaran LEVI
- Permohonan selesai
SOALAN LAZIM (FAQ) ePPAx
Untuk melibat soalan lazim berkaitan penggajian pekerja asing boleh merujuk pada pautan dibawah:
MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN PEKERJA ASING
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai permohonan pekerja asing, anda boleh melayari website rasmi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx)
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING PERKESO 2023