Permohonan & Pengambilan Murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4 SMKA Sesi 2025/2026
Untuk ibu bapa yang berminat menghantar anak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) aliran agama bagi sesi 2025/2026, kini permohonan telah dibuka. Pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan dan permohonan dihantar tepat pada masanya untuk memastikan kelayakan anak anda dipertimbangkan. Semoga berjaya!
Apa Itu SMKA
- Ditubuhkan pada 1977, SMKA menyediakan pendidikan agama bersama dengan kurikulum akademik.
- Objektif: Melahirkan murid dengan akhlak mulia, kepimpinan yang boleh diteladani, dan ketahanan dalam menghadapi cabaran budaya.
Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Johor: SMKA Bandar Penawar, SMKA Johor Bahru, dll.
- Kedah: SMKA Baling, SMKA Jerlun, dll.
- Kelantan: SMKA Lati, SMKA Melor, dll.
- Melaka: SMKA Sharifah Rodziah, SMKA Sultan Muhammad, dll.
- Negeri Sembilan: SMKA Sheikh Haji Mohd Said
- Pahang: SMKA Kuala Lipis, SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, dll.
- Perak: SMKA Slim River, SMKA Sultan Azlan Shah, dll.
- Perlis: SMKA (P) Alawiyah
- Pulau Pinang: SMKA (L) Al-Mashoor, SMKA Al-Irshad
- Sabah: SMKA Keningau, SMKA Kimanis, dll.
- Sarawak: SMKA Miri, SMKA Limbang, dll.
- Selangor: SMKA Kuala Selangor, SMKA Tun Rahah, dll.
- Terengganu: SMKA Durian Guling, SMKA Sheikh Abdul Malek, dll.
Syarat Kelayakan SMKA
Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
Syarat Umum:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Murid Tahun Enam (6) Sesi 2024/2025
- Berumur 12 tahun (lahir 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013)
Syarat Kemasukan:
- Mencapai aras toleransi PKSK
- Berpotensi cemerlang dalam akademik
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Keutamaan kepada murid dengan pencapaian dalam Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Tarikh Permohonan SMKA
- Dibuka: 1 Ogos 2024
- Ditutup: 8 September 2024
Cara Permohonan SMKA Online
Kepada ibu bapa yang berminatat untuk menghatar anak ke SMKA, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:
Layari pautan:
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
Panduan Permohonan:
- Kemaskini Maklumat: Kemas kini di SPATKPM jika perlu.
- Isi Permohonan: Pastikan medan wajib diisi dengan betul.
- Semak Permohonan: Pastikan maklumat yang diisi tepat.
- Cetak Permohonan: Simpan sebagai rujukan.
Tarikh Penting Permohonan SMKA
- PKSK (Tingkatan 1): 7 Oktober 2024 – 17 Oktober 2024
- PKSK (Tingkatan 4): 13 September 2024 – 3 Oktober 2024
Maklumat Lanjut:
untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai SMKA, anda boleh melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
Artikel Lain:
- PKSK: Permohonan Sekolah Khusus SBP MRSM SMKA SMT (Bila Tarikh Buka?)
- BUKU TEKS DIGITAL(Cara Muat Turun & Akses Percuma)