Jawatan Kosong Terkini Personel MySTEP 2024
Inisiatif ‘Malaysia Short-Term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bentuk kontrak di sektor awam dan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC). Pencari kerja berpeluang memohon jawatan yang ditawarkan melalui Portal MYFutureJobs! Berikut adalah maklumat terkini dan butiran lanjut mengenai jawatan kosong Personel Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2024.
Apakah Personel MySTEP?
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan satu inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan kontrak dalam pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), dan Rakan Strategik.
MySTEP diperuntukkan khas bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dari pelbagai latar belakang akademik, bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberikan pengalaman kerja untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan Personel MySTEP
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan iaitu:
Sektor Awam | GLC / Rakan Strategik |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
18 tahun ke atas | 18 tahun ke atas |
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas |
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing | Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing |
Tempoh Kontrak Perkhidmatan Personel MySTEP
- Tempoh minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan dalam tahun semasa
- Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (bagi sektor awam).
Kadar Upah / Bayaran Personel MyStep
Berikut adalah merupakan akdar upah yang ditetapkan mengikut kelayakan tahap pendidikan iaitu:
Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Kadar Sektor Awam (RM) | GLC / GLIC / rakan strategik Saranan Kadar Minimum* (RM) |
---|---|---|
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas | 2,100 | 2,100 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,700 | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 | 1,500 |
Kemudahan Tersedia Personel MyStep
Berikut adalah merupakan kemudahan tersedia kepada Personel MyStep iaitu:
mudahan | Sektor Awam | GLC / Rakan Strategik |
---|---|---|
Cuti Rehat | 12 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Cuti Sakit | 14 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP dan PERKESO | Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan |
Semakan Kekosongan Jawatan Kosong Personel MySTEP
Iklan jawatan kosong personel MyStep ini akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh Portal MyFutureJobs. Untuk melihat senarai kekosongan, sila layari https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.
Cara Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP
Mulai tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan di bawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif melalui Portal MYFutureJobs.
- Sila daftar dan lengkapkan profil MYFutureJobs anda sekarang untuk mendapatkan kemas kini dan tawaran pekerjaan.
- Anda hanya perlu memasukkan alamat e-mel dan nombor kad pengenalan, kemudian tetapkan kata laluan. Setelah log masuk, anda boleh memohon jawatan yang diiklankan.
Anda akan menjumpai pelbagai tawaran jawatan terkini sebagaimana yang dipaparkan di bawah ini. Selain itu, anda juga boleh membuat tapisan mengikut negeri dan kelayakan berkaitan.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat terkini atau pertanyaan lanjut mengenai anda boleh melayari portal rasmi MYFutureJobs
Artikel Lain
- MySTEP 2024(Semak Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini)
Sya sudh menghantar resume ke mystep hrp tuan/puan melihat nya.
Great! Thank you!
bolehkah umur 40 an mohon kerja mystep
Memandangkan tiada ketetapan umur di dalam garis panduan mystep, mohon pencerahan bagi pegawai pendidikan yang telah berpencen, adakah layak untuk memohon mystep?