PORTAL VAKSIN COVID:DAFTAR & SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI(vaksincovid.gov.my)

PORTAL VAKSIN COVID:DAFTAR & SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI(vaksincovid.gov.my)

PORTAL VAKSIN COVIDDAFTAR & SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI(vaksincovid.gov.my)

 

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,anda pasti mengetahui kewujudan portal vaksin Covid yang telah dilancarkan untuk memudahkan urusan pendaftaran penerima vaksin Covid-19 di negara kita.

Apa yang anda dapat daripada portal vaksin covid ini?Banyak fungsi dan informasi yang berkaitan dengan vaksin covid yang dikongsikan disini untuk memastikan Program Vaksinasi Kebangsaan berjalan lancar.

DAFTAR PENERIMA VAKSIN COVID-19

Melalui portal ini,anda boleh membuat pendaftaran dengan klik DAFTAR SEKARANG

  1. Dipaparkan tentang 3 cara untuk daftar sebagai penerima vaksin.
  2. Sila pilih DAFTAR DISINI
  3. Sila lengkapkan maklumat berikut:
  • Nama
  • Umur
  • Kad Pengenalan / Nombor Pasport
  • Sila Sahkan Kad Pengenalan / Nombor Pasport
  • Nombor Telefon (Sila masukan nombor telefon bimbit anda. Kami akan menghantar SMS pengesahan pendaftaran anda dalam tempoh 24 jam)
  • Sila Sahkan Nombor Telefon
  • Negeri
  • E-mel (Jika Ada)
  1. Sila jawab beberapa soalan berkaitan maklumat kesihatan anda seperti :
  • Adakah anda berminat untuk menerima vaksin COVID-19?
  • Adakah anda mempunyai sebarang penyakit?
  • Adakah anda mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)?
  1. Sila lengkapkan Alamat Rumah,Daerah,Poskod,Negeri
  2. Sila isi reCaptcha
  3. Klik DAFTAR

 

SEMAKAN TEMUJANJI VAKSINASI COVID-19

Berikut adalah cara buat semakan temujanji vaksinasi Covid-19:

  1. Sila layari portal Vaksin Covid https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/
  2. Sila masukan nombor kad pengenalan dan nombor telefon
  3. Sila isi reCaptcha
  4. Klik LOG MASUK
  5. Akan dipaparkan butiran maklumat pemberian vaksin.Contohnya tarikh temujanji, lokasi / pusat pemberian vaksin dan masa temujanji.

SOALAN LAZIM

Saya telah mendaftar untuk vaksinasi. Berapa lama perlu saya tunggu untuk mendapatkan temu janji saya?

Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu. Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.

Bagaimana pendaftaran saya boleh dipilih?

Bagi fasa pertama, petugas barisan hadapan akan dipilih. Manakala individu daripada golongan warga emas melebihi umur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi serta orang kelainan upaya (OKU) akan dipilih untuk fasa kedua.

Apakah maklumat yang anda perlu tahu sebelum menerima vaksin?

Maklumkan kepada doktor atau jururawat sebelum anda diberi vaksin jika anda adalah:

  • Individu dengan alahan teruk
  • Individu hamil dan ibu menyusu
  • Individu yang positif COVID-19
  • Individu yang mempunyai masalah sistem imun

 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *