PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021 : SYARAT PERMOHONAN, CARA MOHON DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN

PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021

PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021 : SYARAT PERMOHONAN, CARA MOHON DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program Insentif Usahawan UDA Holdings Berhad merupakan satu program buat para  usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) oleh pihak UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) bertujuan menyokong perniagaan usahawan di bawah kategori PKS & Mikro.

Adakan anda ahu memulakan perniagaan???

baca SPIN TEKUN : SYARAT MOHON, CARA MOHON & MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

APAKAH ITU PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021 ?

Program Program Insentif Usahawan Uda 2021 ini dirangka dan dilaksanakan untuk memberi bantuan kepada usahawan PKS dengan menyediakan ruang niaga atau platform yang bersesuaian kepada usahawan untuk satu tempoh masa tertentu @ program usahawan jangka panjang untuk terus kekal di pasaran.

SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN DI BAWAH PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021

Sebanyak 7 jenis program ditawarkan untuk usahawan yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:

  • Program Usahawan Wanita
  • Program Usahawan Belia
  • Program Usahawan UDA.

7 PROGRAM YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. UDA Bizznita Promotion Space – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.
  2. UDA Bizznita Fashion Street – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.
  3. UDA Bizznita Fincare – Sumbangan pembiayaan perniagaan kepada usahawan
  4. UDA 4Youth Promotion Space – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.
  5. UDA 4Youth Fashion Street – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.
  6. SME Hub / One Stop Retail Centre – Menyediakan lokasi atau ruang bersesuaian sebagai hub untuk usahawan menjalankan perniagaan.
  7. Angsana Virtual Mall – Usahawan akan ditawarkan berniaga di atas talian dengan menggunakan platform yang telah disediakan iaitu laman sesawang Angsana Virtual Mall dan aplikasi Yezza.

CATATAN:

Elemen manfaat fasiliti 

bantuan kepada penyediaan fasiliti di premis perniagaan seperti :

  • menyediakan kiosk
  • bantuan kos ubahsuai pada kadar yang bersesuaian

Pembelian produk dan lain-lain kepada usahawan untuk memulakan perniagaan di bangunan atau premis bangunan milik UDA adalah termasuk dalam elemen manfaat fasiliti.

Elemen kos pengurusan 

kadar sewa yang ditawarkan, deposit sewa, deposit utiliti dan lain-lain yang terlibat dengan pengurusan penyewaan untuk membantu usahawan memulakan perniagaan di:

  • bangunan kormesial
  • premis bangunan milik UDA.

Ada memohon i-sinar kwsp??? berjaya ataupun tidak??? atau melakukan kesilapan semasa memohon…

ketahui KESILAPAN PERMOHONAN I-SINAR : SENARAI KESILAPAN SEMASA BUAT PERMOHONAN

 

SYARAT PEMILIHAN USAHAWAN UDA

Kriteria pemilihan pemohon bagi Program Insentif Usahawan UDA adalah seperti berikut:

  • Memenuhi kriteria perusahaan PKS dan Mikro sebagaimana yang ditetapkan.
  • Perusahaan PKS dan Mikro adalah milik warganegara Malaysia (warganegara Malaysia memegang saham perniagaan minimum 51%).
  • Perusahaan PKS & Mikro yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau badan profesional berkanun.
  • Perusahaan mikro beroperasi minimum satu (1) tahun. Usahawan mikro berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Permohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senarai hitam oleh bank. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.
  • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan UDA Holdings Berhad. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami / isteri dan anak-anak.
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  • Pemohon tidak bekerja, sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.
  • Pemohon tidak pernah menyertai program usahawan yang dianjurkan oleh UDA sebelum ini.
  • Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut diatas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta-merta.
  • Semua insentif usahawan ini hanya terpakai kepada usahawan yang akan menggunakan ruang atau berniaga di bangunan milik atau yang disediakan oleh UDA Holdings Berhad.
  • Untuk menjana dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pengurusan dengan menjadi teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).
  • Bagi membantu usahawan bumiputera yang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri dengan memberi pendedahan pengetahuan / kemahiran dan pengalaman di dalam bidang teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).

semangat mohon i-sinar, tetapi SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR) : BAGAIMANA NAK BUAT?

CARA PERMOHONAN PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA

Bagi permohon yang ingin memohon Program Insentif Usahawan Uda, kami akan kongsikan 3 langkah yang anda perlu ketahui semasa membuat permohonan

 

LANGKAH 1: PERMOHONAN

Pemohon mestilah membuat permohonan kepada UDA Mall bagi menyewa ruang niaga tetap @ ruang promosi.

Dokumen-dokumen yang diperlukan oleh anda semasa mengemukakan permohonan ialah: –

  • Borang Permohonan Program Insentif Usahawan UDA
    (Sila muat turun di laman @ link https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/);
  • Salinan kad pengenalan;
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan tahunan, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja, dll;
  • Salinan bukti pendapatan perniagaan yang dijalankan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank enam (6) bulan terkini);
  • Salinan bukti operasi perniagaan yang dijalankan (contoh: perakuan pendaftaran perniagaan, permit berniaga);
  • Salinan bil utility (air dan eletrik) ; dan
  • Lain-lain dokumen yang wajar untuk permohonan yang ditentukan oleh UDA (jika berkaitan).

Borang yang telah lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen yang dikehendaki  dan dihantar ke pihak pengurusan UDA Mall mengikut lokasi projek yang dipohon melalui:

LANGKAH 2: PENILAIAN

Permohonan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dibawa ke Jawatankuasa Tenansi Penyewaan dan Promosi (JTPP).

JTPP akan membuat penilaian adakan anda layak ataupun tidak dan seterusnya mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Mall.

LANGKAH 3: MAKLUMAN

Status permohonan Program Insentif Usahawan UDA akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan yang dibuat berjaya atau tidak.

Pihak UDA Mall akan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan seperti:

  • Surat Tawaran
  • Surat Akuan Terima Tawaran
  • Perjanjian Penyewaan dan dokumen yang berkaitan.

 

LOKASI YANG TERLIBAT

Antara lokasi yang terlibat dengan Program Insentif Usahawan Uda adalah:

  • Angsana Johor Bahru Mall, Johor
  • Angsana Ipoh Mall, Perak
  • Angsana Seremban, Negeri Sembilan
  • Pertama Complex, Kuala Lumpur
  • UTC KL @ Pudu Sentral, Kuala Lumpur
  • Bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur
  • Hentian Duta, Kuala Lumpur
  • Program perniagaan secara online

 

MAKLUMAT LANJUT & LOKASI PEJABAT PENGURUSAN

Untuk maklumat lanjut tentang Program Insentif Usahawan UDA, anda boleh melayari laman web berikut: https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/ @ Anda juga boleh hadir terus ke Pejabat Pengurusan di lokasi berikut:

Angsana Ipoh Mall

U.p.: Pn. Mariatul Zakiah Abd Hamid
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot G24 Ground Floor,
Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak.

Angsana Johor Bahru Mall

U.p.: Pn. Nurfaizah Abd. Rahman
Management Office, UDA Angsana Sdn Bhd,
L1.33A, Level 1, Angsana Johor Bahru Mall,
Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Pertama Complex

U.p.: Pn. Norieni Basiron
Management Office, UDA Pertama Sdn Bhd,
Lot RG-B, RG Floor, Pertama Complex,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Angsana Seremban

U.p.: Pn. Nor Hayati Mohd Noh
UDA Mall Sdn Bhd, Pejabat Pengurusan UTC,
Lot 1.26, Tingkat 1, UTC Negeri Sembilan @ Angsana Seremban,
Jalan Kuala Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Bangunan Cahaya Suria

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
6th Floor, Bangunan Cahaya Suria,
Jalan Tun Tan Siew Sin, 50500 Kuala Lumpur.

UTCKL @ Pudu Sentral

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Hentian Duta

U.p.: Pn. Sharina Shahadan
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Blok A, Mezzanine Floor, Bangunan Hentian Duta,
Jalan Persiaran Duta, 50480 Kuala Lumpur.

Individual Properties

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.