BAGAIMANAKAH CARA RENEW INSURANS KERETA APLIKASI POS MALAYSIA?
Sekarang ni, kalau insurans kereta dan mati, boleh saja ‘renew’ atau perbaharui insurans kenderaan bermotor semuanya di hujung jari, pada bila-bila masa. Pos Malaysia Bhd sudah memperkenalkan platform insurans dalam talian baru untuk kemudahan pelanggan yang ingin renew insurans kenderaan bermotor mereka di atas talian melalui aplikasi mudah alih Pos Malaysia.
APA ITU APLIKASI POS MALAYSIA?
Pos Malaysia kini giat memodenkan perkhidmatan runcitnya menerusi pendigitalan, menjadikan transaksi tersedia secara dalam talian serta di kaunter. Aplikasi mudah alih Pos Malaysia boleh dimuat turun dari Google Play Store bagi peranti Android, Apple App Store bagi peranti Apple dan juga Huawei AppGallery. Bagi yang sudah memuatnaik aplikasi ini, anda hanya perlu mengemaskini versi terkini Pos Mobile App untuk mula menggunakan perkhidmatan e-insurans.
CARA RENEW INSURANS APLIKASI POS
- Download aplikasi Pos Malaysia dari Google Play Store untuk pengguna Android
- Untuk pengguna iPhone sila download dari App Store ke dalam telefon anda.
- Kemudian, klik Insurance/Takaful.
- Klik Private Car Insurance/Takaful atau Motorcycle Insurance/Takaful.
- Masukkan nombor kenderaan pada ruangan Vehicle Registration No bagi memulakan proses cara renew insurans kereta online.
- Pada bahagian Owner’s Details, pilih ID Type. (MyKad, MyPr, Passport,Police,Army)
- Masukkan nombor pengenalan pada ruangan ID No.
- Pilih jantina anda pada ruangan Gender.
- Pilih status perkahwinan anda pada ruangan Marital Status.
- Pilih poskod anda pada ruangan Postcode.
- Masukkan nombor telefon anda pada ruangan Mobile No.
- Pada bahagian Coverage Type, pilih Comprehensive.
- Klik Next.
- Kemudian, pilih syarikat insurans atau takaful yang ingin renew pada bahagian Select your Insurer.
- Pada bahagian Add-On Coverage (Optional),anda boleh masukkan maklumat-maklumat yang diminta sekiranya anda ingin masukkan sahaja bukan wajib.
- Anda perlu buat bayaran.
- Pada bahagian Transaction Details. bayaran anda berjaya apabila Thank for your payment! dipaparkan pada skrin anda.
- Selesai.
ARTIKEL LAIN
PAMPASAN KEROSAKAN RUMAH LPPSA (Permohonan Tuntutan Insurans Bencana Alam Banjir)
Cara Beli Langgan MyEzyCover (Bayaran Ansuran Dan Pemotongan Gaji Insurans Kenderaan)