RFID TAG TOUCH ‘N GO (Cara Daftar Aktifkan)

RFID TAG TOUCH ‘N GO (Cara Daftar Aktifkan)

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Semestinya untuk menggunakan sistem ini seharusnya mendapatkan RFID TAG TOUCH ‘N GO  terlebih dahulu.

Sekiranya anda telah membeli Tag FRID tersebut untuk menggunakannya anda seharusnya daftar dan aktifkan. Bagaimana cara untuk daftar dan aktifkan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

APA ITU RFID

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

KELEBIHAN TAG RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

CARA DAFTAR & MENGAKTIFKAN TAG RFID

Setelah Tag RFID anda terima, berikut adalah merupakan cara daftar dan mengaktifkannya seperti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Touch;n Go eWallet anda (Android / IOS)
  2. Pada menu utama klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  3. Klik pada butang ‘Activate’
  4. Isikan dan semak butiran akaun anda
  5. Daftarkan kenderaan anda
  6. Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  7. Buat pengesahan dan verifikasi.

CARA PEMASANGAN TAG RFID TOUCH ‘N GO

Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda. Berikut adalah merupakan langkah pemasangan RFID pada kenderaan anda:

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  2. Buka pelekat dan tampalkan
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  5. TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai RFIDTAG TOUCH ‘N GO , anda boleh layari pautan https://rfid.touchngo.com.my/main

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH ‘N GO DALAM MYKAD

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *