SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PPR DBKL(Senarai Perumahan Awam Sewa)
Kepada warga penduduk WP Kuala Lumpur yang ingin mendiami rumah sama ada menyewa atau membeli , anda boleh mendaftar dengan ePerumahan DBKL. Disini kami akan kongsikan cara daftar dan maklumat mengenai rumah DBKL, semoga membantu.
APA ITU RUMAH PPR
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan mengatasi masalah kekurangan perumahan. PPR dirancang sebagai Program Perumahan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan perumahan dalam kalangan rakyat yang memerlukan. Program ini juga memberi keutamaan kepada golongan B40.
TARIKH PERMOHONAN RUMAH PPR DBKL
Permohonan perumahan PPR dibuka sepanjang tahun 2023 ini dan anda boleh mengemukakan permohonan melalui bahagian perumahan di setiap negeri di Malaysia.
CARA PERMOHONAN RUMAH PPR DBKL
Setelah anda berjaya mengemasiki maklumat yang peribadi, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Log masuk akaun e-Perumahan DBKL anda
- Sistem akan memaparkan jenis permohonan yang diberikan oleh pihak ePerumahan DBKL.
- Untuk permohonan Perumahan Awam, klik butang Mohon pada kotak Perumahan Awam
- Klik pada ‘Klik Untuk Pendaftaran’ untuk meneruskan proses.
- Sistem akan memaparkan maklumat pemohon yang telah diisi semasa ‘daftar pengguna’. Klik ‘Kemaskini Profil’ jika pengguna ingin mengemas kini butiran dan perlu melengkapkan borang. Klik pada ‘Halaman Seterusnya’ untuk ke tab seterusnya.
- Di tab ‘Maklumat Pendaftaran’, pengguna perlu memilih Jenis Rumah yang ingin dimohon:
- Rumah Kos Rendah
- Pengguna perlu memuat naik dokumen yang diperlukan dari senarai yang disediakan.
- Klik pada ‘check box’ untuk semakan bahawa kesemua dokumen yang diminta telah disediakan.
- Dokumen yang dimuat naik perlulah disediakan di dalam satu fail yang berfomat .zip atau .rar. Untuk memuat naik dokumen,
- Sistem akan memaparkan halaman ‘Pengesahan’. Pengguna perlu klik pada ‘check box’ yang disediakan selepas membaca perakuan yang dipaparkan kemudian klik butang Hantar untuk menghantar permohonan ke dalam sistem.
- Permohonan pengguna disimpan dan pengguna menerima mesej pendaftaran berjaya.
- Pemohon akan menerima notifikasi emel yang memaklumkan status samada pemohon layak/tidak layak memohon.
- Pemohon boleh klik pada lampiran untuk mencetak surat maklumbalas dari pihak DBKL.
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PPR DBKL
Kepada anda yang telah membuat permohonan dan membuat semakan. Berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun e-Perumahan DBKL anda
- Paparan utama, klik pada Semakan Permohonan.
- Status permohonan perumahan DBKL anda akan terpapar
MAKLUMAT LANJUT
Untuk Maklumat lanjut mengenai e-Perumahan DBKL, sila layari website rasmi e-Perumahan DBKL
ARTIKEL LAIN: