RUMAH IKRAM KPKT(Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124)
Kepada sesiapa yang kehilangan tempat berteduh atau kediaman berikutan daripada kesan pandemik yang melanda, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan inisiatif terbaharu bagi membantu golongan ini iaitu Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT).
Bagaimana cara permohonan Rumah IKRAM KPKT? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU RUMAH IKRAM KPKT
Inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.
Tujuan rumah ikram kpkt adalah:
- Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19; dan
- Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat;
SENARAI PROJEK RUMAH IKRAM
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2, Johor
Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas: Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai, Surau/Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan/Kawasan Lapang, Rumah Sampah
KADAR SEWAAN
Inisiatif ini akan menawarkan sewaan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sehingga dua tahun pada kadar yang paling minimum iaitu RM124 pada peringkat permulaan ini.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
CARA PERMOHONAN RUMAH IKRAM
Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat permohonan,berikut adalah cara unuk membuat permohonan:
- Layari laman web permohonan DI SINI
- Klik butang Lihat Senarai Projek.
- Pilih rumah PPR yang diingini.
- Klik butang Mohon Di Sini.
- Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk lanjut dan pertanyaan mengenai Rumah IKRAM KPKT, anda boleh rujuk:
- Hubungi KPKT: 03-8891 4139/4138
- Email: [email protected] / [email protected].
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK PAHANG:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/Prima/Makmur (eperumahan.pahang.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
Saya berminat untuk memohon rumah ini atas sebab kelayakan saya. Terima Kasih