SARAWAK ID (Cara Daftar Login Akaun Portal Kerajaan Sarawak)
Kepada penduduk warga sarawak, terkini Kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan satu sistem yang dikenali Sarawak ID yang boleh melakukan perkhidmatan atas talian contohnya seperti e-Recruitment permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan, memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) dan eMunakahat Sarawak.
Bagaimana cara untuk daftar dan login akaun Sarawak ID? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU SARAWAK ID
SarawakID satu sistem yang memudahkan transaksi perkhidmatan atas talian yang mana anda hanya perlu mendaftar masuk sekali saja bagi mencapai semua perkhidmatan atas talian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sistem ini juga digunakan untuk eWallet Keraajan Negeri Sarawak iaitu SarawakPay.
CARA DAFTAR SARAWAK ID
Berikut adalah merupakan panduan cara daftar SarawakID.:
- Layari pautan: https://sarawak.gov.my/ atau terus ke httpd://sarawakid.sarawak.gov.my
- Klik pada Pendaftaran di menu SarawakID.
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- Profil Anda (semua ruangan wajib diisi)
- Maklumat Pilihan
- Pengesahan Nombor Telefon Bimbit (untuk penerimaan ko OTP)
- Email (pastikan email yang aktif untuk dibuat pengesahan)
- Pendaftaran anda telah selesai, sila semak email anda untuk pengaktifan akaun anda.
NOTA:
- Sila gunakan nama penuh dan nombor Mykad yang sah ketika pendaftaran.
- Pemegang akaun SarawakID yang telah berdaftar juga boleh mengesahkan akaun anda dengan MyKad melalui eKiosk Service Sarawak.
CARA AKTIFKAN SARAWAK ID
Sekiranya anda tidak menerima email pengaktifan di email yang telah anda daftarkan, sila pergi ke Hantar Semula Pautan Pengaktifan di halaman log masuk SarawakID, dan ikuti langkah-langkah yang tersedia untuk menghantar semula pautan pengaktifan ke email anda.
CARA LOGIN SARAWAK ID
Untuk Login akaun SarawakID anda, pastikan akaun anda telah diaktifkan terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan: https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/login/
- Pilih sama ada Personal / Sarawak Cilvil Servant
- Masukkan Login ID anda dan tekan Next
- Masukkan Kata Laluan anda dan tekan Login
- Anda telah berjaya Log Masuk akaun anda.
TELUPA KATA LALUAN SARAWAK ID
Sekiranya anda terlupa kata lauan akaun anda, berikut adalah caranya:
- Pada halaman log masuk SarawakID, klik pada Terlupa Kata Laluan.
- Masukkan nombor Pengenalan diri anda:
- Mykad untuk pengguna Mykad,
- Pasport bagi bukan pengguna Mykad
- Masukkan email yang berkaitan dengan akaun anda.
- Sistem ini akan menghantar satu emel bagi pengesahan kepada emel tersebut.
TUKAR KATA LALUAN SARAWAKID UNTUK eBOOKING DAN SARAWAKPAY
Kepada anda yang ingin menetapkan semula kata laluan, anda boleh layari pautan di bawah untuk maklumat tambahan:
- eBooking : https://ebooking.sarawak.gov.my/eBooking/public/faq.htm
- SarawakPay : https://spayglobal.my/modules/web/pages.php?mod=faq
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai SarawakID, anda berhubung:
- State Secretary, Sarawak State Secretary Office, Level 20 , Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching
- Tel : 082-441957
- Fax : 082-441677
- Email : [email protected]
ARTIKEL LAIN
HDAS SARAWAK (Permohonan Skim Bantuan Deposit Rumah RM10000)
eHEALTH SARAWAK: Cara Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)