SEMAK STATUS DOKTOR GIGI (Berdaftar MDC)

SEMAK STATUS DOKTOR GIGI (Berdaftar Atau Tidak Melalui MDC)

Sekianya anda sakit gigi semestinya ingin berurusan dengan klinik gigi. Tetapi adakah anda mengetahui status Doktor gigi tersebut sama ada  berdaftar atau tidak. Bagaimana cara untuk membuat semak status doktor gigi? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU MDC

Malaysian Dental Council (MDC) atau Majlis Pergigian Malaysia (MPM) bertujuan untuk memastikan piawaian tertinggi profesional dan etika dalam amalan pergigian demi kepentingan pesakit, orang awam dan profesion selaras dengan Akta Pergigian 1971.

MPM mengalu-alukan anda melayari laman web ini yang menyediakan maklumat berikut:

  • Fungsi MPM
  • Keahlian MPM
  • Perundangan yang berkaitan dengan amalan pergigian
  • Penerbitan yang berkaitan dengan profesion pergigian
  • Senarai kelulusan yang boleh mendaftar dengan MPM
  • Pendaftaran pengamal pergigian di Malaysia
  • Perkara yang berkaitan dengan Sijil Amalan Tahunan dan Sementara
  • Bagaimana untuk menghubungi kami

CARA SEMAK STATUS DOKTOR GIGI

Untuk membuat semakan status doktor gigi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan DENTAL Practitioners’ Information Management System (DPIMS): http://dpims.moh.gov.my/
  2. Pada paparan utama klik pada simbol Search
  3. Taipkan nama doktor gigi atau nama kliknik gigi tersebut
  4. Seterusnya semak informasi klik gigi dengan tekan pada Detail

NOTA: Sekiranya  Didapati Nama Dr Gigi Tidak Dapat Dicari, Tolong hantar Surat / Email / Telefon Ke:

  • Majlis Pergigian Malaysia, kementerian Kesihatan Malaysia, E301, Level 3, Block 3440, Enterprise Building 1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
  • Tel : 603-83186440
  • Fax : 603-83186121
  • Email : [email protected]

SOALAN LAZIM

Apa itu DPIMS?

Dental Practitioners’ Information Management System (DPIMS) merupakan sistem untuk semakan butiran pendaftaran:

  • Pengamal adalah digalakkan untuk menyemak butiran pendaftaran mereka di DPIMS.
  • Mohon kerjasama untuk memaklumkan MPM melalui “message box” di DPIMS selepas semakan dibuat.

Bagaimana ingin mengetahui senarai kelayakan yang diiktiraf MDC?

Untuk mengetahui kelayakan yang diiktiraf MDC, anda boleh lihat di pautan ini: http://mdc.moh.gov.my/uploads/Sec12_1.pdf

Sekiranya saya mempunyai pertanyaan mengenai status doktor gigi di mana saya perlu hubungi?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh email ke  [email protected]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang semakan status doktor gigi, anda boleh layari website rasmi Majlis Perggigian Malaysia di pautan http://mdc.moh.gov.my/bm/

ARTIKEL BERKAITAN

TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT(Klinik Gigi Kerajaan)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *