SEMAKAN BAKI PUBLIC BANK (Guna PBEBANK / APLIKASI PBE ENGAGE MY/ ATM)
Terkini dengan berkembangnya teknologi semakin mempengaruhi banyak aspek, termasuk ciri-ciri sokongan dalam dunia perbankan. Bank-bank di Malaysia mula membangunkan ciri-ciri yang boleh memudahkan pelanggan menjalankan transaksi atau hanya menyemak untuk baki akaun sahaja.Sekiranya anda pelanggan kepada Public Bank, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara semakan baki akaun Public Bank anda. Disini kami koongsikan cara semakan secara online menggunakan Pbe Bank, aplikasi Pbe Engage My dan semakan secara manual menggunakan mesin ATM, semoga membantu.
SYARAT SEMAKAN BAKI AKAUN PUBLIC BANK
Berikut adalah merupakan syarat umum untuk membuat semakan baki :
- Anda Pelanggan Public Bank
- Mempunyai Kad Debit/Credit
- Mempunyai Kad Pengenalan
- Mempunyai Nombor Telefon
SEMAK BAKI AKAUN PUBLIC BANK
Untuk membuat semakan terdapat dua kaedah yang anda boleh gunakan untuk semakan baki akaun :
Semakan Baki Akuan Public Bank Secara Online
- Menggunakan online banking (pbe Bank)
- Layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
- Log masuk akaun anda dengan mengguna User ID dan Kata Lalauan anda.
- Pada paparan utama, klik pada menu Account/Saving & Current Account.
- Maklumat baki Anda akan dipaparkan secara detail.
- Menggunakan Aplikas Pbe Engage My
- Buka aplikasi Pbe Engage. Sekiranya belum anda boleh muat turun dan install bagi di sini (Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.engage.pbb.pbengage2my.release&hl=en&gl=US/ IOS https://apps.apple.com/my/app/pb-engage-my/id1477329428?l=ms)
- Masukkan User ID dan Password anda.
- Selepas berjaya login, klik menu account (Saving & Current Account).
- Maklumat baki Anda akan dipaparkan secara detail.
Semak Baki Akaun Public Bank Di ATM
- Pergi ke mana-mana cawangan ATM berhampiran dengan anda
- Seterusnya masukkan kad ATM ke dalam slot kad yang tersedia.
- Masukkan PIN ATM Anda, untuk mengakses menu utama.
- Untuk semakan baki akaun Public Bank dalam akaun Anda, pilih Balance Inquiry.
- Jumlah baki dalam akaun Anda akan dipaparkan.
KELEBIHAN APLIKASI PB ENGAGE MY DAN INTERNET BANKING PUBLIC BANK
Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda menggunakan secara online selain dapay menyemak baki akaun anda:
- Maklumat Akaun Simpanan, Kad Kredit, Pinjaman dan lain lain
- Transfer IBG dan IBFT
- Pembayaran elektrik, kad kredit dan E-Commerce
- Topup kredit telefon bimbit
- dan pelbagai lagi
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)
CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)
CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK