SEMAKAN BPR TAMBAHAN(Tarikh Bayaran & Bila Masuk Bank)

 

SEMAKAN BPR TAMBAHAN(Tarikh Bayaran & Bila Masuk Bank)

SEMAKAN BPR TAMBAHAN

 

Berdasarkankan makluman  Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.

Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.

Anda ingin tahu tentang tarikh bayaran  Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan kepada penerima sedia ada dan penerima BPR Rayuan.Berikut adalah cara buat semakan BPR Tambahan:

 

Apakah Itu BPR Tambahan?

Bantuan BPR Tambahan adalah bayaran tambahan bagi BPR 2021 yang masih berlangsung secara berfasa.

 

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak akan menerima bayaran tambahan mengikut kategori masing-masing.

 

Jumlah Bantuan BPR Tambahan

Berikut adalah jumlah bantuan BPR Tambahan yang diumumkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat:

  • Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500
  • Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.
  • Golongan bujang pula akan menerima RM100
  • RM100 untuk kategori Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah

 

PERMOHONAN BANTUAN BPR TAMBAHAN 

Untuk makluman anda semua , tiada permohonan yang perlu dibuat bagi BPR tambahan . Hal Ini kerana penerima akan secara automatik menerima bantuan ini jika layak dengan berdasarkan data daripada KWSP, LHDN dan PERKESO yang akan diambil kira bagi menentusahkan mereka yang layak menerima bantuan ini.

 

TARIKH BAYARAN BPR TAMBAHAN

Bagi penerima Rayuan BPR, anda akan menerima bayaran BPR Tambahan mulai tarikh berikut:

  • Ada Akaun (BSN) : Bermula 28 September 2021
  • Ada Akaun (Selain BSN) : Bermula 4 Oktober 2021
  • Tiada Akaun / Gagal Kredit : Bermula 4 Oktober 2021 di Kaunter Cawangan BSN


SEMAKAN BPR TAMBAHAN MELALUI LOG MASUK MyBPR

Layari portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my

  • Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
  • Tekan butang Semakan Status

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada pertayaan,sila rujuk :

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

 

 

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *