Pengenalan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI Sabah)
Kerajaan Negeri Sabah sekali lagi menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar, khususnya mereka dari golongan B40 dan M40 yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa.Bantuan ini diberikan sekali sahaja (one-off) kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan, dengan fokus kepada mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Matrikulasi.Bagaimanakah cara semakan BUDI Sabah?
Semakan Jumlah Bantuan BUDI Sabah 2024
Pelajar yang layak akan menerima bantuan dengan jumlah berikut:
- RM1,500 untuk peringkat pengajian Diploma, Asasi, dan Matrikulasi.
- RM2,000 untuk peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Tarikh Permohonan
Permohonan bantuan ini dibuka kepada semua pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan dijangka akan bermula penghujung tahun 2024. Pelajar perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Semakan Syarat Kelayakan BUDI Sabah
Untuk memohon BUDI Sabah 2024, pelajar perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
- Berumur tidak lebih dari 25 tahun pada tahun permohonan.
- Pelajar yang ibu atau bapa (atau penjaga) adalah daripada golongan B40 atau M40.
- Pemohon mestilah melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia atau luar negara pada tahun 2024 secara sepenuh masa, dan ini adalah kemasukan pertama ke IPT.
- Pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan seperti salinan surat beranak (pemohon dan ibu bapa/penjaga), kad pengenalan atau sijil cerai/sijil kematian (sekiranya berkenaan), slip gaji ibu bapa atau surat pengesahan pendapatan, surat tawaran kemasukan ke IPT, serta surat pengesahan kemasukan daripada institusi pengajian.
Cara Memohon Bantuan BUDI Sabah
Permohonan bagi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT ini hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pemohon perlu melawat laman web rasmi BUDI Sabah untuk mendaftar dan mengemukakan permohonan mereka. Pautan permohonan adalah di https://budi.sabah.gov.my.
Semakan Dokumen Yang Diperlukan BUDI Sabah
Pelajar yang ingin memohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan Surat Beranak (pemohon dan ibu bapa/penjaga).
- Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Cerai/Sijil Kematian (pemohon dan ibu bapa/penjaga).
- Slip Gaji Ibu Bapa/Penjaga (jika bekerja) atau Surat Pengesahan Pendapatan daripada Pegawai Daerah atau Ketua Kampung.
- Salinan Keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT yang berkenaan.
Proses Penyaluran Bantuan
Bagi permohonan yang diluluskan, bantuan akan disalurkan secara one-off ke akaun SSPN melalui PTPTN.
Senarai Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah
Selain daripada Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Kerajaan Negeri Sabah juga menawarkan pelbagai bantuan pendidikan lain, antaranya:
- BAKTI: Bantuan Khas Tunai Peperiksaan – RM200 seorang.
- BAIK: Bantuan Ihsan Komputer Sabah – 1 komputer untuk 1 isi rumah.
- BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri – RM100 bagi setiap bayi.
- AKSA: Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah.
- BALKIS: Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah.
- BISBAH: Bantuan Ihsan Sekolah Sabah.
- BAGUS: Bantuan Aktiviti PIBG Sabah.
- SEMESTA: Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), anda boleh menghubungi:
- Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu.
- Telefon: 088-369872
- Laman web: https://mttk.sabah.gov.my
Untuk makluman, semua penaja utama dalam pendidikan di negeri Sabah kini telah digabungkan di bawah satu platform dikenali sebagai Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS). Anda boleh melayari laman web tersebut di https://ptps.sabah.gov.my untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan pendidikan yang tersedia.
Dengan adanya bantuan seperti BUDI Sabah, diharapkan lebih ramai pelajar Sabah dapat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi tanpa terbeban dengan kos pendaftaran IPT.
Artikel Lain
PTPS Sabah Portal Permohonan Penajaan Pendidikan