Bagaimanakah Cara Buat Semakan Keputusan Temuduga mySPP?
Kepada calon yang telah membuat permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini merupakan hebahan keputusan temu duga pengambilan khas pegawai perkhidmatan pendidikan GRED DG41. Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan semakan status MySPP keputusan temu duga boleh disemak secara online.
TARIKH SEMAKAN STATUS PANGGILAN TEMUDUGA SPP (PENGAMBILAN ONE-OFF)
Jika ada anda membuat permohonan, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan keputusan temu duga Fasa 3 kini boleh disemak secara online. oleh itu, anda boleh membuat semakan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengumumkan bahawa hasil temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2023 telah dibuka untuk semakan. Temu duga tersebut telah dijalankan dari 19 Jun hingga 21 September 2023 di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Semua calon graduan pendidikan yang telah mengambil bahagian dalam temu duga ini berpeluang untuk memeriksa keputusan mereka menerusi Portal SPP bermula pukul 5.30 petang pada 3 November 2023.
Sebanyak 9552 calon telah berjaya dalam temu duga tersebut, dan mereka layak untuk dilantik sebagai PPP Gred DG41. Mereka akan diarahkan untuk mengisi kekosongan jawatan PPP di Gred DG41 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.
Proses seterusnya adalah penempatan calon-calon yang berjaya, yang akan diuruskan oleh KPM. Oleh itu, para calon yang berjaya disarankan untuk sentiasa memantau Portal e-Graduan KPM untuk maklumat terkini berkaitan dengan penempatan dan kemas kini maklumat graduan.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41 ONE-OFF MYSPP
Adalah diingatkan bahawa calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.
Berikut adalah cara buat semakan:
- Pergi ke laman web https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php
- Log masuk menggunakan no kad pengenalan tanpa tanda sempang
- Tekan butang semak
- Keputusan Temuduga akan dipaparkan di skrin
- Calon boleh membuat cetakan keputusan
- Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM
TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN CALON YANG BERJAYA
Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.
Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected]. Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41
*akan dikemaskini
CARA SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 SECARA ONE-OFF
Berikut adalah merupakan cara membuat semakan penempatan Fasa 2 dan Fasa 3 bagi sekolah Rendah dan sekolah Menengah:
- Layari pautan eGraduan: egraduan.moe.gov.my
- Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu dengan klik pada Pendaftaran Pengguna, dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Seterusnya Log Masuk akaun anda dengan mengisi:
- ID pengguna
- Kata Lalaun
- No Kad Pengenalan
- Pada paparan menu utama, Klik pada Tab Semakan Penempatan.
- Maklumat penempatan anda akan terpapar, Tahniah.
HEBAHAN URUSAN TEMU DUGA
*akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan info tentang semakan status MySPP, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:
- Laman web https://www.spp.gov.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/SPPHQ
- Twitter: https://twitter.com/sppmy
CARA DAFTAR MySPP
Sudahkan anda daftar MySPP untuk kali pertama? . Jika ingin buat pendaftaran kali pertama anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Anda perlu layari laman web mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
- Bagi pengguna yang ingin mendaftar di dalam sistem mySPP untuk kali pertama, adalah dinasihatkan untuk menggunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768.
- Klik pada butang ‘Daftar Akaun Baru’.
- Pemohon perlu memasukkan maklumat-maklumat berikut:
Pastikan semua bahagian bertanda * diisi.
i) Maklumat asas– No. kad pengenalan, nama penuh, no. telefon bimbit, dan alamat emel.
ii) Soalan keselamatan– Nama ibu dan negeri kelahiran pemohon.
iii) Maklumat kata laluan
iv) Kod keselamatan
- Setelah kesemua maklumat tersebut diisi, klik butang ‘Daftar.’
- Jika pengguna ingin mengisi semula maklumat, klik butang ‘Semula.’
- Pemohon akan menerima paparan ‘Tahniah! Pendaftaran Berjaya!’ yang merujuk kepada pendaftaran telah berjaya dilakukan.
PERMOHONAN JAWATAN DI MySPP
Setelah membuat pendaftaran baharu dan melengkapkan maklumat pemohon, pemohon boleh memohon jawatan yang ditawarkan di dalam MySPP.
Berikut merupakan cara-cara untuk anda memohon jawatan di dalam portal mySPP:
- Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’,
- Klik sub-menu ‘Jawatan SPP’
- Klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
- Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
- Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
- Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
- Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat
- Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’
- Pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
- Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Klik butang ‘Hantar.’
SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN MySPP
- Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’
- Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan. bagi semakan permohonan & temuduga jawatan pengawai perkhidmatan Pendidikan akan dibuka selepas permohonan yang akan bermula Julai nanti
- Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.
SOALAN LAZIM SEMAKAN KEPUTUSAN MySPP
Saya telah berdaftar dengan Portal Jobs Malaysia, adakah ID Pengguna dan kata laluan Jobs Malaysia boleh digunakan untuk mySPP?
Tidak boleh. Pemohon perlu mendaftar akaun baharu di mySPP dan perlu menggunakan alamat emel yang sama semasa pendaftaran di Portal Jobs Malaysia.
Sekiranya saya telah membuat pendaftaran dan tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan?
Sekiranya pemohon tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran, sila adukan masalah terbabit kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya pemohon membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
PERTANYAAN & INFO LANJUT MENGENAI SEMAKAN STATUS MySPP
Pemohon yang mempunyai pertanyaan dan info lanjut boleh menghubungi Talian :
Hotline mySPP : 03-8893 4019/4020/4021/4022.
Pemohon juga boleh memberikan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam di
SPP (SISPAA-SPP) : https://myspp.spp.gov.my/.
ARTIKEL LAIN
myspp.spp.gov.my:CARA DAFTAR/LOGIN/PERMOHONAN & SEMAK TEMUDUGA GURU (Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41)
Bantuan