Bagaimanakah Cara Membuat Semakan Keputusan Permohonan UPU 2024/2025?
Jika anda telah membuat Permohonan UPUOnline Fasa 1 & 2 Sesi Akademik 2024,kini anda boleh membuat semakan keputusan permohonan Upu Online bermula (akan dikemaskini).
Permohonan UPUOnline 2024/2025
Permohonan Fasa 2 UPUOnline® bagi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan dibuka mulai hari ini (29 April 2024) hingga 9 Jun 2024. Permohonan ini hanya dibuka bagi program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja.
Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 504 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.
Calon boleh membuat pembelian Nombor PIN UPUOnline® melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 sebelum mengemukakan permohonan. Kaedah Bayaran Proses UPUOnline® di BSN melalui 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin UPUOnline® berserta salinan resit pembayaran. Calon juga dinasihati untuk pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan. Bagi calon yang telah membuat pembelian nombor PIN pada Fasa 1 juga boleh mengemaskini permohonan ketika Fasa 2 ini.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5 62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363 E-mel: [email protected] Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT Instagram: @KEMASUKANBPKA TikTok: BKPAUPU
SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA UPUONLINE
SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2024/2025
CALON YANG MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN BOLEH MELAYARI URL UNIVERSITI AWAM TERLIBAT SEPERTI DIBAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BERMULA PADA 31 MEI 2024 (JUMAAT)
- UPSI : https://kemasukan.upsi.edu.my/
- UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
- UITM : https://online.uitm.edu.my
- UMS : https://smp.ums.edu.my/SemakanUMS
- UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah
- UM : https://kemasukan.um.edu.my
- UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga
- USIM : https://etasjil.usim.edu.my
- USM : https://pohon.usm.my
- UTM : https://jpt.utm.my
- UUM : http://uum.edu.my/kemasukan
- UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
- UIAM : https://www.iium.edu.my/kemas
Tarikh Semakan Keputusan UPUOnline 2024
HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE® LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2024/2025
Dengan segala hormatnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ingin mengumumkan keputusan permohonan UPUOnline® untuk sesi akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tarikh Semakan Keputusan
Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, bermula dari pukul 12.00 tengah hari, sehingga 7 Julai 2024, pada pukul 5.00 petang.
Tahap Kepujian
Bagi mereka yang berjaya mendapat tawaran, proses pengesahan penerimaan tawaran akan dibuka dari 29 Jun 2024 sehingga 7 Julai 2024.
Cara Semakan Keputusan
Calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian melalui laman web rasmi UPUOnline® di URL: https://upuonline.mohe.gov.my
Sila pastikan maklumat log masuk ke akaun UPUOnline® anda adalah tepat untuk tujuan semakan keputusan.
Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat tawaran.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline UPUOnline® di 03-8870 6767 atau layari laman web rasmi di https://upu.mohe.gov.my.
Tarikh Rayuan UPUOnline 2024
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
Tarikh Pendaftaran UPUOnline 2024
Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:
Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 Julai 2024 Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-3 Ogos 2024
Bagi pelajar yang memilih kursus yang mempunyai temuduga atau ujian, proses ini akan bermula sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2024.
Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf akan bermula pada MINGGU KEDUA SEPTEMBER 2024.
Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:
Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 September 2024 Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2024
Cara Semakan Keputusan UPU
Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline
Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
Log masuk seperti biasa.
Semak keputusan rayuan yang tertera.
Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPU Pocket
Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/