CHECK RESULT UPU ONLINE (Semak Layak Ke Gagal)
Maklumat permohonan UPU bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dirujuk melalui perkongsian ini. Untuk Semakan keputusan UPU termasuk keputusan rayuan, ianya boleh disemak melalui kaedah atas talian/ online dan melalui Aplikasi UPU Pocket 2.0. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan keputusan UPUOnline, semoga membantu.
APA ITU UPUONLINE?
Setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU Online kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat application ke pusat pengajian tinggi dalam negara. Tujuan utama sistem UPU dibina adalah untuk memudahkan pelajar membuat application secara atas talian.
PROSES PEMILIHAN PELAJAR KE UPU
Proses pemilihan kemasukan lepasan SPM & STPM/ setaraf akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPUONLINE (Semak Layak Ke Gagal)
Kepada pemohon yang ingin membuat semakan keputusan adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan:
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPUONLINE LEPASAN SPM 2024/2025
HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE® LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2024/2025
Dengan segala hormatnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ingin mengumumkan keputusan permohonan UPUOnline® untuk sesi akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tarikh Semakan Keputusan
Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, bermula dari pukul 12.00 tengah hari, sehingga 7 Julai 2024, pada pukul 5.00 petang.
Tahap Kepujian
Bagi mereka yang berjaya mendapat tawaran, proses pengesahan penerimaan tawaran akan dibuka dari 29 Jun 2024 sehingga 7 Julai 2024.
Cara Semakan Keputusan
Calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian melalui laman web rasmi UPUOnline® di URL: https://upuonline.mohe.gov.my
Sila pastikan maklumat log masuk ke akaun UPUOnline® anda adalah tepat untuk tujuan semakan keputusan.
Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat tawaran.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline UPUOnline® di 03-8870 6767 atau layari laman web rasmi di https://upu.mohe.gov.my.
TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2024/2025
Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat dalam tempoh 9 hari dan surat tawaran boleh dicetak mulai 1 hari selepas tarikh hebahan.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE
Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/
MUAT TURUN UPUPOCKET 2.0
Pengguna telefon pintar boleh memuat turun/ download aplikasi UPUPocket 2.0 di :
- Android (Google Play)
- Apple (AppStore)
Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuklah :
- Semakan Status UPU
- Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
- e-Panduan
- e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
- Kalendar Akademik
- Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.
- Aduan Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline.
- Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
- Alamat UA
- Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan
SEMAKAN KEPUTUSAN UPUONLINE SMS
- Taipkan upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888
SEBAB-SEBAB GAGAL PERMOHONAN UPU
Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
SISTEM MAKLUM BALAS UPUONLINE
telah disediakan bagi membolehkan pemohon untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi dengan mengakses pautan berikut:-
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
- Portal Rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
ARTIKEL LAIN
- CARA BELI NO PIN UNIK ID UPU BSN 2022 (Tarikh Beli Guna ATM & SMS)
- CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE 2021(Tawaran Kemasukan UA / IPTA)
Online bayer