SEMAKAN OKU(Permohonan Bila Dapat Kad)

SEMAKAN STATUS OKU(Permohonan Bila Dapat Kad & Bantuan Orang Kurang Upaya)

Terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menubuhkan satu sistem di mana golongan OKU boleh membuat pendaftaran dan juga semakan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan OKU yang dinamakan sebagai SMOKU. Disini kami akan kongsikan kepada and acara semakan status OKU, semoga membantu.

APA ITU SMOKU

Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) dibangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai sistem penyimpanan maklumat OKU bagi kegunaan pendaftaran OKU (peringkat PKMD) diseluruh negara.

KATAGORI OKU

Berikut adalah merupakan kategori yang layak untuk mendapatkan kesitimewaan sebagai OKU dan berdaftar dengan JKM iaitu:

  • Kurang upaya pendengaran
  • Kurang upaya penglihatan
  • Kurang upaya pertuturan
  • Kurang upaya fizikal
  • Kurang upaya pembelajaran
  • Kurang upaya mental
  • Kurang upaya pelbagai

KELEBIHAN DAFTAR KAD OKU JKM

Terdapat beberapa kelebihan yang akan dinikmati oleh OKU yang berdaftar dengan JKM iaitu:

  • Bantuan Kewangan JKM mengikut syarat dan kelayakan semasa.
  • Pelepasan atau pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di bawah Kementerian Sumber Manusia.
  • Pengurangan tambang pengangkutan awam.
  • Bantuan Pelajar OKU di sekolah.

JENIS BANTUAN OKU JKM

Berikut adalah merupakan antara beberapa bantuan yang disediakan keapda OKU iaitu:

  1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  2. Geran Pelancaran (GP)
  3. Bantuan Alat Tiruan Dan Alatan Sokongan (BAT/S)\
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
  6. Bantuan Tongkat Putih “ White Cane” dan Mesin Braille

NOTA: untuk mengetahui kelayakan dan kadar bantuan lebih lanjut, sila layari pautan Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Bagi Orang Kurang Upaya

CARA PERMOHONAN KAD OKU JKM

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MyDaftarOKU
  2. Borang permohonan diisi selengkapnya yang mana telah disahkan oleh Pegawai Perubatan dengan berdaftar dengan MMC ataupun Doktor Pakar dari klinik swasta, hospital swasta mahupun kerajaan yang register dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR)
  3. Sertakan juga salinan kelahiran atau mykid atau mykad anda dan juga gambar ukuran passport

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN KAD OKU JKM

Setelah anda membuat permohonan, berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat semakan iaitu:

  1. Layari pautan Semakan Orang Kurang Upaya
  2. Masukkan no kad pengenalan anda pada ruangan tersedia dan klik Semas
  3. Paparan akan menunjukkan status permohonan anda

TEMPOH DAPATKAN KAD OKU JKM

Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN OKU

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai semakan status Orang Kurang Upaya, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau hubungi atau emelkan kepada : Unit OKU JKM Negeri berkaitan

ARTIKEL LAIN:

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *