SEMAKAN PEMILIK KENDERAAN ONLINE(OWNER KERETA)

BAGAIMANAKAH CARA CHECK PEMILIK KENDERAAN ONLINE?

Adakah anda ingin mengetahui siapa pemilik kenderaan? Terkini anda boleh menyemak pemilik kenderaan dengan hanya menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Anda boleh melakukan semakan dengan menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan pemilik kenderaan secara online menerusi MYEG dan MyCarInfo, semoga membantu.

STR Fasa 3:Semakan Status Duit Dah Masuk,Jadual Bayaran 2024

TUJUAN SEMAKAN MAKLUMAT KENDERAAN

Terkadang ramai yang berdepan dengan pelbagai masalah secara tiba-tiba tanpa disangka dan memerlukan maklumat tentang kenderaan tertentu dengan kadar segera. Biasanya, antara situasi tersebut adalah seperti berikut:

  • Untuk semak laporan kecurian
  • Total lost kenderaan
  • Semak % NCD kenderaan
  • Semak harga semasa kenderaan
  • Untuk cover note insurans

SEMAKAN PEMILIK KENDERAAN ONLINE MENGGUNAKAN MYEG

Untuk melakukan semakan menggunakan laman web MYEG, anda memerlukan nombor Pendaftaran kenderaan yang ingin disemak. Kemudian anda boleh lakukan langkah berikut:

  1. Layari laman web MYEG https://www.myeg.com.my/
  2. Log masuk akaun MYEG dengan menggunakan username dan password anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG lagi, anda harus daftar terlebih dahulu, rujuk panduan daftar DI SINI.
  3. Setelah anda log masuk, klik pada menu PDRM > Summons Service > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
  4. Seterusnya isikan pada ruangan diperlukan
    • Vehicle Plate Type – pilih sama ada kenderaan Malaysia/Non Malaysia
    • Vehicle No – Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
  5. Kemudian masukkan kod sekuriti yang terpapar dan klik pada Check Summons
  6. Selesai, maklumat kenderaan yang disemak akan terpapar

SEMAKAN PEMILIK KENDERAAN ONLINE MENGGUNAKAN MYCARINFO

Untuk melakukan semakan menggunakan laman web MyCarInfo, anda memerlukan nombor Pendaftaran kenderaan yang ingin disemak. Kemudian anda boleh lakukan langkah berikut:

  1. Layari laman web MyCarInfo https://www.mycarinfo.com.my/
  2. Log masuk akaun MyCarInfo dengan menggunakan username dan password anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo lagi, anda harus daftar terlebih dahulu.
  3. Setelah anda log masuk, klik pada Services > i-Search.
  4. Terpapar beberapa jenis pelan yang perlu dipilih. Klik pada pelan Comprehensive
  5. Seterusnya anda akan dibawa ke pelan pembayaran dan klik pada Select 1 Credit (RM6)
  6. Seteusnya pilih kaedah pembayaran dan buat pembayaran.
  7. Kemudian anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran berikut:
    • Vehicle Reg. No. – masukkan no pendaftaran kenderaan yang ingin anda semak,
    • Name – masukkan nama anda
    • Email – masukkan email anda yang sah
    • Confirm Email – sahkan sekali lagi email anda
  8. Seterusnya tick pada terms & Conditions dan klik Enquire
  9. Maklumat lengkap kenderaan dengan no pendaftaran yang dimasukkan akan dihantar ke email anda

NOTA: Bagi semakan secara peruma, anda boleh klik pada plan Free. Tetapi anda hanya akan mendapat report kereta hilang (dicuri) atau Total Lost sahaja.

Jom Claim Baucar Buku Percuma untuk anak anda > Cara Claim Baucar Buku Guna Delima 2.0

SEMAKAN PEMILIK KENDERAAN MELALUI LAPORAN POLIS

Anda juga boleh membuat semakan melalui laporan polis. Contohnya seperti apabila berlakunya kemalangan, pastikan anda mencatat no kenderaan tersebut dan membuat laporan polis. Pihak polis pastinya boleh tahu siapa pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

ARTIKEL LAIN

Share your love

90 Comments

  1. Saya dah register untuk dapatkan info pemilik kenderaan, namun mereka perlukan ic no dan bukannya Plat no. Macam mana tu?

  2. Saya ad acc my eg.tp takda pulak seperti yg dinyatakan diatas…terus pergi dkt my summons utk check saman sendiri sahaja..takda untuk cari maklumat owner keta

  3. Kereta saya telah di tow oleh sebuah syatikat penjualan kereta dan mereka ingin membeli kereta teraebut. Saya berseruju dan ingin menjual kepada mereka dengan harga rm 5k namun mereka tidak bersetuju dan ingin meminta masa bagi mendapat kan kadar kos membaiki namun iainya berjalan sehingga hampir setahun tiada apa berita sehingga bulan january 2022 saya telah dimasukkan ke hospital selama sebulan dan pada semalan saya datang untuk mendapatkan info tapi sata di beritahu kereta tersebut telah mereka jual dan saya telah memberi thump print pada january sedangkan saya berada di hospital .saya berpendapat meteka telah memalsukan dokumen dan membuat penipuan saya minta meraka bayat kadar harga yg saya ingin kan namun mereka meminta saya membayar kepada mereka kerana kos membaiki sehingga 18k
    Apa yg patut saya lakukan

  4. Hi, just hit by VGL7666, the owner is not willing to pay the repair. Can help to get owner name and nric? Thanks.

  5. Hi, boss, can I check the name of the motor vehicle owner according to the chassis number. AND ENGINE NO. about this chicken stamp scammer. I want to know his no. plate and no ic full information only

  6. Saya ingin mencari owner kereta viva WQV 5029 di sebap kan saya sudah beli kenderaan tersebut dan ingin tukar nama

  7. Saya hendak buat cari perihal kenderaan CEE 9096. Sebab dia telah langgar kereta seseorang. Terima kasih

  8. boleh kke trace owner lama kalau dah beli kereta second

    saya just nak tau dia permah tukar ke tak timing belt sebelum ni

  9. Tolong cek klu sudah test puspakom asal kenderaan ni sbb saya penama kedua..ST 6125 W sbb saya tiada salinan test puspakom

  10. AMQ9698 MOHON NAMA PEMILIK MOTOSIKAL INI DAH BANYAK HARI PARKING BAWHA POKOK MACAM TAK BERTUAN HABIS BERHABUK

  11. Boleh saya dapatkan detail owner motorsikal JND 1655.
    Owner geser kereta saya dekat traffic light dan blah macam tu je.
    Nak contact owner suruh at least mintak maaf kereta dah calar.
    Jumaat barakah ni kena banyak sabar…

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *