Semakan Status CCRIS Online(Daftar Login eCCRIS)
Anda ingin membeli rumah, kereta ataupun sebidang tanah, sudah pasti banyak orang yang akan membelinya melalui kaedah pinjaman ataupun pembiayaan dari pihak bank. Sebelum membuat sebarang pinjaman, pihak pemberi kredit akanmembuat semakan nature pembayaran bagi individu peminjam untuk mengetahui sama rekod pembayaran individu terbabit di tahap yang baik atau sebaliknya. Sekiranya rekod pembayaran yang dilakukan oleh anda di tahap yang baik, permohonan pinjaman juga akan mudah untuk diluluskan oleh pihak pemberi pinjaman. Bagi penulisan kali ini, penulis akan berkongsi bagaimanakah cara untuk anda daftar CCRIS online di eCCRIS. Portal ini merupakan salah satu cara mudah untuk anda semak skor kredit melalui Central Credit Reference Information System atau lebih dikenali sebagai CCRIS. Untuk memudahkan anda, semakan CCRIS ini boleh dibuat secara online di eCCRIS yang telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.
APA CCRIS ?
CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.
- Dimiliki dan dikendalikan oleh BNM
- Memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.
- CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan menggabungkannya menjadi laporan kredit.
- Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).
- Peminjam boleh mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian menerusi eCCRIS tanpa bayaran.
Sebagai pengguna eCCRIS, anda boleh membuat semakan CCRIS online di mana sahaja dan bila-bila masa.
Untuk pengetahuan anda,tiada had ditetapkan untuk membuat semakan CCRIS online ini dan ianya percuma!.
SIAPA YANG BOLEH BUAT SEMAKAN STATUS CCRIS ONLINE?
Sesiapa sahaja berhak untuk membuat semakan CCRIS online atau secara manual, termasuklah:
- Mana-mana individu, untuk laporan kreditnya sendiri;
- Institusi kewangan apabila mendapat apa-apa permohonan kredit dan semasa kajian semula kepercayaan kredit pelanggan sedia ada;
- Agensi pelapor kredit berdaftar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dengan kebenaran daripada peminjam
diperoleh terlebih dahulu; - Mana-mana individu untuk mendapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri iaitu keempunyaan tunggal,perkongsian atau badan profesional; dan
- Mana-mana syarikat, untuk laporan kreditnya perusahaannya sendiri.
CARA DAFTAR CCRIS ONLINE
Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1
Muat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform
Langkah 2
Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
- 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
- 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
- 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
Langkah 3
Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:
Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.
CARA DAFTAR PENGGUNA BAHARU
- Layari eccriss.bnm.gov.my
- isi maklumat peribadi dan sahkah butiran dan syarat
- buat pengesahan digital dengan memasukkan OTP
- teruskkan dan akan masuk ke log kali pertama
- isi no mykad dan pengesahan otp( otp sah untuk 7 hari)
- tetapkan id dan kata laluan
- tetapkan imej, frasa dan soalan keselamatan
- anda sudah berjaya masuk dan dapat semak CCRIS anda
Cara Baca Laporan SEMAKAN CCRIS
Laporan CCRIS merupakan satu aspek penting dalam menilai kewangan seseorang. Setiap huruf dan nombor dalam laporan tersebut mempunyai maksud tersirat. Salah satu nombor yang paling diingini adalah ‘0’, yang menunjukkan bahawa tiada tunggakan yang dilaporkan.
Berikut adalah makna nombor dalam laporan CCRIS:
- 0: Tiada tunggakan
- 1: Lewat 1 bulan
- 2: Lewat 2 bulan
- 3: Lewat 3 bulan
Apabila seseorang gagal membayar lebih dari 3 bulan, nama mereka akan direkodkan dalam Pemerhatian Akaun Perhatian Khas atau Special Attention Account (SAA). Ini boleh memberi kesan negatif terhadap permohonan pinjaman akan datang, kerana rekod pembayaran dan skor CTOS mereka tidak akan kelihatan baik.
Beberapa kod penting yang perlu anda ketahui dalam laporan CCRIS termasuk:
- Kod 10: Pinjaman hartanah
- Kod 00: Pinjaman Peribadi
- Kod 00: Kad kredit
- Kod 30: Pinjaman kereta
- Kod 23: Pinjaman ASB
- Kod 90: Pinjaman pajak gadai
[Kod 00] menandakan pinjaman tanpa pajakan, seperti hutang pinjaman peribadi dan kad kredit.
[Kod 10] merujuk kepada pinjaman rumah kediaman.
Mengetahui makna kod-kod ini dapat membantu individu untuk memahami dengan lebih baik laporan CCRIS mereka dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memperbaiki atau mempertahankan rekod kewangan mereka.
SEMAKAN CCRIS SECARA MANUAL
Jika anda tidak mahu membuat semakan CCRIS secara dalam talian, anda masih boleh melakukannya secara manual dengan cara berikut:
i) Menggunakan Kiosk: Anda boleh memohon laporan kredit peribadi melalui Kiosk CCRIS yang terdapat di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM), atau cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Kiosk CCRIS juga terdapat di premis AKPK di seluruh negara. Sila layari laman web dan media sosial AKPK untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi dan waktu operasi. Pastikan anda membawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak untuk anda pada masa itu juga.
ii) Melalui Agensi Pelaporan Kredit Yang Diluluskan: Anda juga boleh memohon laporan kredit peribadi CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM. Terdapat beberapa agensi pelaporan kredit yang diluluskan seperti Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd, CTOS Data Systems Sdn Bhd, dan Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd. Agensi pelaporan kredit mungkin mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka. Pastikan anda membawa MyKad dan dokumen sokongan lain yang dapat mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau pasport (jika anda bukan warganegara Malaysia). Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada waktu itu juga.
iii) Melalui Permohonan Surat: Sekiranya anda ingin memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh melakukannya dengan melengkapkan dan menghantar dokumen-dokumen berikut:
- Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR)
- Borang Pengisytiharan Pinjaman
- Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang)
- Mana-mana dua dokumen berikut dengan nama dan alamat anda yang jelas:
- Bil air
- Bil elektrik
- Bil telefon
- Penyata akaun bank
- Penyata kad kredit
- Penyata KWSP Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau muat turun borang di sini. Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di alamat berikut:
BNMTELELINK LINK dan Pejabat BNM Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn, P.O Box 10922, 50929 Kuala Lumpur
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat memperoleh laporan kredit CCRIS secara manual tanpa menggunakan perkhidmatan dalam talian.
Maklumat Lanjut SEMAKAN CCRIS
Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut
Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
E-mel: [email protected]
Cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) Pulau Pinang
Pejabat BNM Pulau Pinang
No 27, Lebuh Light
10200 Georgetown
Pulau Pinang
Tel: +604-258 7588
Faks: +604-2587 590
Cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) Johor Bahru
Pejabat BNM Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: +607-225-7888
Cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) Kota Kinabalu
Pejabat BNM Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: +6088-522-310 / 088-522-328
Faks: +6088-522-302
Cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Terengganu
Pejabat BNM Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: +609-622-0571
Faks: +609-622-0516
Cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuching
Pejabat BNM Kuching
Jalan Satok
93400 Kuching
Sarawak
Tel: +6082-252-311
Faks: +6082-414-996
ARTIKEL LAIN
BRF & LCTF (Permohonan Pembiayaan Baharu PKS Bank Negara Malaysia)
PERMOHONAN DRF BANK NEGARA (Kemudahan Bantuan Bencana PKS Mikro)