BAGAIMANAK CARA CHECK STATUS PERTUBUHAN/NGO/PERSATUAN/KELAB?
Sekiranya anda ingin menyertai sesebuah Pertubuhan/Ngo/Persatuan/Kelab semestinya anda menyemak status terlebih dahulu sama ada aktif atif atau tidak, berdaftar atau tidak. Tetapi bagaimana cara ingin membuat semakan status tersebut?Disini kami kongsikan cara semakan status pertubuhan secara online dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), semoga membantu
APA ITU JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, iaitu badan utama kerajaan yang mengawasi pendaftaran sesebuah pertubuhan. Dengan perkataan lain, pertubuhan adalah juga biasanya disebutkan sebagai Badan-badan Bukan Kerajaan.
Bagi maksud itu, undang-undang yang berkuatkuasa adalah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya, iaitu Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan.
Di bawah Akta, sesuatu pertubuhan adalah ditakrifkan sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh atau lebih orang, samada sementara atau kekal, tidak ditubuhkan atau didaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Perkataan-perkatan tidak ditubuhkan atau didaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Ini adalah penting kerana syarikat-syarikat, kelab-kelab dan perkongsian-perkongsian yang pada asasnya bercorak perniagaan dan mencari keuntungan adalah tidak didaftar dengan Jabatan ini, tetapi adalah di bawah bidangkuasa jabatan-jabatan lain di dalam jentera kerajaan.
Pertubuhan-pertubuhan di bawah bidangkuasa Jabatan ini adalah pada asasnya organisasi-organisasi bercorak sukarela dan tolong-menolong sesama sendiri dalam bentuk sosial, politik dan psikologi.
FUNGSI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan adalah pada asasnya berhubungkait dengan hal-hal pendaftaran, pengawalan, penyeliaan dan juga penyelenggaraan rekod-rekod mengenai pertubuhan-pertubuhan berdaftar dan cawangannya di seluruh Malaysia supaya mereka tidak bergiat bertentangan dengan keselamatan, keamanan, ketenteraman awam, ketertiban, kebajikan atau kemoralan di Malaysia.
CARA SEMAKAN STATUS PERTUBUHAN
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status pertubuhan:
- Klik pada pautan semakan status pertubuhan online(https://www.ros.gov.my/index.php?id=2&page_id=19)
- Isikan maklumat pada ruangan diperlukan seperti:
- Masukkan Kata Kunci – nama pertubuhan yang ingin disemak
- Pilih Negeri – isikan negeri pertubuhan tersebut
- Pilih Katagori – pilih jenis kategori pertubuhan
- Pilih Sub Katagori – pilihan subkategori berbeza-beza mengikut katagori dipilih
- Pilih Status – pilih status sama ada aktif atau tidak
- Setelah selesai isi, tekan Cari
- Jadual yang mengandungi senarai Nama Pertubuhan beserta Status(aktif) akan terpapar.
NOTA: Data bagi senarai pertubuhan ini dikemaskini secara mingguan. Paparan carian hanya untuk pertubuhan berstatus AKTIF sahaja. Sila hubungi JPPM terdekat untuk lain-lain status.
CARA SEMAKAN STATUS AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN
Sekiranya anda ingin membuat semakan ahli jawatankuasa, berikut adalah caranya:
- Klik pada pautan Semakan Ahli Jawatankuasa online (https://semakan.ros.gov.my/semak/?doit=login)
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk akses masuk di ruang yang disediakan.
- Bagi pengguna berdaftar terdapat dua kategori pilihan semakan antara semakan individu ataupun semakan pukal.
- Sekiranya membuat semakan individu, Klik pada Semakan Individu.
- Masukkan No Kad Pengenalan di ruang kosong tersedia, klik pada Cari.
- Maklumat carian anda akan terpapar.
- Sekiranya membuat semakan pukal, klik pada Semakan Pukal.
- Klik Pada Butang Muat Naik Fail Ini untuk membuat semakan. ( Satu fail mempunyai maksimum 3000 senarai No K/P yang disimpan)
- Klik Muat Turun Contoh Fail untuk melihat contoh format fail.
CARA SEMAKAN SENARAI HITAM
Sekiranya ingin membuat semakan Senarai Hitam Pemegang Jawatan, berikut adalah caranya:
- Klik pada pautan Semakan Senarai Hitam online (https://www.eroses.gov.my/rosalert/)
- Ruangan ini untuk carian individu yang disenarai hitam.
- Bagi carian pengguna perlu mengisi maklumat No Kad Pengenalan Baru.
- Maklumat No Kad Pengenalan Baru yang diisi Tiada Jarak : Contoh : 123456789012
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh mendapatkan sebarang maklumat atau khidmat nasihat di semua kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia samada di Ibu Pejabat atau pejabat-pejabat cawangan negeri.
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM (Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah Online)