SEMAKAN STATUS SCAMMER ONLINE:CARA CHECK(Portal ccid.rmp.gov.my/semakmule)
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status scammer online?Maksudnya cara pengguna check panggilan/nombor telefon/nombor akaun bank semasa membuat traksaksi harian bagi mengelakan sebarang aktiviti penipuan dan scammer.
CARA SEMAKAN/CHECK STATUS SCAMMER ONLINE
Anda boleh menggunakan portal SSO PDRM di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dikenali sebagai Commercial Crime Investigation Department (CCID).
APA ITU CCID?
CCID portal ini membolehkan seseorang buat semakan status scammer/penipuan yang berkaitan dengan Nombor Akaun Bank atau Nombor telefon.
CARA SEMAKAN/CHECK STATUS NOMBOR AKAUN BANK SCAMMER ONLINE
Berikut adalah step by step untuk membuat semakan penipuan nombor akaun bank:
- Sila layari portal CCID >> http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Kemudian pilih BAHASA MELAYU
- Sila masukan nombor akaun bank & kategori Akaun Bank yang ingin disemak.
- Sila lengkapkan CAPTCHA
(Contohnya anda ingin membeli tudung online,penjual memberi nombor akaun untuk anda bank in.Maka,copy nombor tersebut dan check di portal CCID bagi mengelakkan anda jadi mangsa penipuan)
- Klik SEMAK MAKLUMAT
- Jika nombor akaun berkaitan scammer,maklumat berkaitan akan dipaparkan.Jika tiada laporan dipaparkan.Anda selamat berurusan dengan pihak terbabit.
CARA SEMAKAN/CHECK NOMBOR TELEFON SCAMMER
Berikut adalah step by step untuk membuat semakan panggilan daripada nombor telefon scammer:
- Sila ke portal CCID SEMAKMULE > http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Kemudian pilih BAHASA,boleh pilih Bahasa Melayu
- Sila masukkan nombor telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online dan pilih kategori nombor telefon.
- Lengkapkan CAPTCHA yang dipaparkan.
- Tekan SEMAK MAKLUMAT
- Jika nombor telefon berkaitan scammer,maklumat berkaitan akan dipaparkan.Jika tiada laporan dipaparkan.Anda selamat berurusan dengan pihak terbabit.
CARA SEMAKAN/CHECK SCAMMER GUNA APLIKASI TRUECALLER
Bagaimanakah cara guna aplikasi Truecaller?
Anda hanya perlu muat turun/install aplikasi Truecaller,kemudian kemaskini database scammer dan spammer.
Bagaimanakah aplikasi Truecaller berfungsi?
Jika ada scammer atau spammer yang buat panggilan, status pemanggil itu akan tertera.
Adakah ia berfungsi untuk membuat semakan berkaitan nombor telefon sahaja?
Ya ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, bukannya nombor akaun bank.
Bagaimanakah cara nak muat turun aplikasi Truecaller?
Sila rujuk dibawah:
Android, boleh download aplikasi Truecaller dari Google Play
Apple iOS, boleh download aplikasi Truecaller dari App Store
CARA SEMAKAN/CHECK SCAMMER GUNA APLIKASI WHOSCALL
Bagaimanakah cara guna aplikasi Whocall?
Anda boleh muat turun aplikasi Whoscall dan membuat kemaskini database scammer dan spammer.
Bagaimanakah aplikasi Whocall berfungsi?
Jika ada scammer atau spammer yang buat panggilan kepada anda, status pemanggil itu akan tertera.
Bagaimanakah cara nak muat turun aplikasi Whocall?
Sila rujuk dibawah:
Android, boleh download aplikasi Whocall dari Google Play
Apple iOS, boleh download aplikasi Whocall dari App Store
ARTIKEL LAIN
NOMBOR AKAUN BANK SCAMMER (Cara Semak Online di Portal CCID)