Cara Kemaskini Maklumat Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.Adakah anda perlu buat kemaskini STR 2024?
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan sumbangan tunai kepada golongan B40Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan
- Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
- Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
Kemaskini STR 2024
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sebelum ini telah menerima bantuan ini, kemaskini STR boleh dilakukan di laman web rasmi STR. Berikut adalah caranya:
Kategori Penerima
Penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang. |
Siapa Perlu Kemaskini STR 2024?
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021, dan BKM 2022.
Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
Jumlah Pembayaran STR
Penerima bantuan ini akan menerima jumlah pembayaran mengikut kategori masing-masing.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat pada tarikh berikut:
Fasa Pembayaran:
Fasa 1: Bermula 29 Januari 2024 secara berperingkat.
Fasa 2: April*
Fasa 3: Julai*
Fasa 4: November*
Cara Kemaskini STR2024
Untuk kemaskini maklumat bagi tahun 2024, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik butang ‘Log Masuk’ untuk membuat kemaskini.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang ‘Kemas Kini Permohonan’ setelah berjaya log masuk MySTR.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Teruskan’ setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang ‘Sahkan Captcha.’
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat dan kemudian ‘Tick’ butang berikut.
- Klik butang ‘Hantar’ untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya dihantar.
Info Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemaskini STR boleh didapati di laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Artikel Lain