Semakan Senarai Hitam PTPTN Tempoh Blacklist

Senarai Hitam PTPTN (Penghalangan Imigresen Keluar Negara)

Jika anda terdapat dalam Senarai Hitam PTPTN, ini bermakna anda secara automatiknya akan disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan tidak dibenarkan untuk keluar negara.

Tindakan ini diambil berikutan ramai bekas peminjam PTPTN yang enggan atau tidak patuh untuk membayar semula pinjaman pendidikan mereka.

Sebab Dihalang Keluar Negara

Menurut undang-undang Malaysia, warganegara Malaysia boleh dihalang dari meninggalkan negara atas beberapa sebab, termasuk:

  1. Gagal membayar cukai pendapatan.
  2. Kegagalan membayar pinjaman PTPTN.
  3. Gagal membayar levi pekerja asing.
  4. Terlibat dalam kes jenayah.
  5. Bankrap.
  6. Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara.

Oleh itu, sebelum merancang untuk melancong ke luar negara, pastikan bahawa nama anda tidak disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen.

Semakan dan Langkah-Langkah

  1. Semakan di Portal PTPTN: Anda boleh menyemak senarai hitam PTPTN secara langsung melalui portal PTPTN . Anda perlu memasukkan maklumat seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
  2. Semakan di Laman Web Imigresen: Semak juga melalui laman web rasmi Imigresen di http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx untuk memastikan bahawa anda tidak disenarai hitamkan atas sebab-sebab lain seperti yang disenaraikan di atas.
  3. Semakan di Kaunter PTPTN / JIM: Selain daripada semakan dalam talian, anda juga boleh membuat semakan secara langsung di cawangan PTPTN atau JIM yang terdekat. Bertanya kepada pegawai bertugas untuk maklumat yang lebih terperinci.

Jika anda tidak bersalah dalam kes disemarakan hitam, tetapi nama anda masih disenarai hitamkan, segeralah hubungi PTPTN di Careline mereka di talian 03-2193 3000 untuk bantuan lanjut dan pengesahan. Pastikan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam perjalanan luar negara anda.

Artikel Lain > CARA BAYAR PTPTN ONLINE POTONG GAJI
Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *