SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2023

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2023(Pengecualian e-filing)

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab  membayar cukai pendapatan setiap tahun, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan 17 senarai pelepasan cukai pendapatan untuk anda tuntut dan isi di e-filing.

APA ITU CUKAI PENDAPATAN

Untuk pengetahuan anda semua, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang anda terima setiap tahun daripada gaji, elaun, faedah, komisen, dividen, sewa, royalti, dan pendapatan daripada perniagaan.

APA ITU e-Filing?

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

KELAYAKAN PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN

Anda hendaklah mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

CARA DAFTAR & AKTIFKAN AKAUN MyTAX HASIL SECARA ONLINE

Kepada anda yang ingin mendaftar pendapatan cukai, pastikan anda mempunyai no cukai pendapatan terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya

  1. Layari pautan aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
  2. Sediakan dokumen seperti berikut:
    • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Setelah anda selesai daftarkan akuan, berikut adalah cara untuk mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL iaitu:

  1. Mendapatkan nombor PIN melalui :
  2. Melampirkan dokumen berikut dalam permohonan :
    • Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
    • Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
  3. Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.
  4. Sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my
  5. Pengaktifan akaun MyTax adalah lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.

NOTA: Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2023 (Pengecualian e-filing)

Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing bagi tahun 2023 iaitu:

Pelepasan IndividuIndividu dan saudara tanggungan = RM9,000Suami / isteri / alimoni kepada bekas isteri  = RM4,000Potongan tambahan bagi Individu kurang upaya (OKU) = RM6,000

Potongan tambahan bagi Suami / isteri kurang Upaya = RM5,000

Yuran pengajian (Diri sendiri) = RM7,000

Peringkat selain Sarjana atau Doktor Falsafah / Peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah / Kursu peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (terhad RM2,000)

Gaya Hidup, Perubatan dan Peralatan Berkaitan

  1. Pemasangan, sewaan, pembelian pengecas kenderaan elektrik bagi kegunaan sendiri = RM2,500
  2. Pembelian peralatan penyusuan = RM1,000
    • Pembayar cukai wanita sahaja
    • Anak berumur kurang 2 tahun
    • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  3. Peralatan alat sokongan asas (Individu / Suami / Isteri / Anak / Ibu bapa OKU) = RM6,000
  4. Gaya hidup = RM2,500
    • Pembelian & langganan bahan bacaan
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar/tablet
    • Bayaran bil bulanan langganan internet
    • Pembelian peralatan sukan & bayaran keahlian gymnasium
  5. Tambahan gaya hidup berkaitan aktiviti sukan = RM500
    • Pembelian peralatan sukan
    • Sewaan di mana-mana fasiliti sukan
    • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  6. Rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa = RM8,000
  7. Perbelanjaan perubatan = RM10,000
    • Penyakit serius (individu/suami/isteri/anak)
    • Perbelanjaan rawatan kesuburan (diri sendiri atau pasangan)
    • Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:
      • Pemeriksaan perubatan penuh, ujian pengesanan Covid-19 dan pemeriksaan kesihatan mental dan konsultansi
    • Perbelanjaan Perubatan bagi pemvaksinan
    • Rawatan intervensi awal/pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (Terhad RM4,000)
Pelepasan Anak
  1. Anak berumur di bawah 18 tahun (belum berkahwin) = RM2,000
  2. Anak berumur di atas 18 tahun = RM2,000
    • Belum berkahwin
    • Belajar sepenuh masa
  3. Anak berumur di atas 18 tahun = RM8,000
    • Belum berkahwin
    • Belajar di IPT (Diploma dan ke atas)
  4. Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadika berdaftar = RM3,000
    • Berumur 6 tahun dan ke bawah
    • Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri
  5. Anak kurang upaya = RM6,000
  6. Tambahan bagi anak kurang upaya = RM8,000
    • Belum berkahwin
    • Belajar di IPT (Diploma dan ke atas)
Caruman, Sumbangan dan Lain-lain
  1. PERKESO / Sistem Insurans Pekerja = RM350
  2. Skim persaraan dan anutiti tertangguh = RM3,000
  3. SSPN (Tabungan bersih) = RM8,000
  4. Insuran pendidikan dan perubatan (Individu / pasangan / anak) = RM3,000
  5. Insuran nyawa dan KWSP
  6. Individu penjawat awam  & selain penjawat awam (berpencen) dan bekerja sendiri = RM7,000
    • Skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP (Terhad RM4,000)
    • Premium insuran hayat, sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan KWSP (Terhad RM3,000)

SENARAI REBAT CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2023

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.

NoRebat CukaiTahun Taksiran 2001 – 2008(RM)Tahun Taksiran 2009 & Seterusnya(RM)
aTaksiran Berasingan
Isteri
Suami

350
350

400
400
bTaksiran Bersama
Isteri
Suami

350
350

400
400
 Jumlah700800
bTaksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan
Isteri
Suami
–350
350
–400
400
 Jumlah700800

Lain-Lain Rebat Cukai

NoRebat Cukai(RM)
aZakat/FitrahAmaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
bLevi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011)Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
cLevi pelepasan bagi perjalanan umrah/perjalanan tujuan bagi keagamaan agama lainTerhad kepada 2 kali perjalananKelas PenerbanganASEAN [RM]ASEAN [RM]Selain ASEAN [RM]Ekonomi820Selain Ekonomi50150

SOALAN LAZIM (FAQ) SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN

Perlukah saya membayar cukai pendapatan?

  • Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda harus membayar cukai pendapatan.

Adakah semua orang perlu e-Filing?

  • Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

 Jika saya membuat derma ke tabung masjid, bolehkah saya menuntut potongan daripada cukai saya ?

  • Anda boleh membuat tuntutan potongan bagi derma yang telah dibuat, bagaimanapun derma itu hendaklah dibuat ke badan atau tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG SENARAI PELEPASAN CUKAI

Sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negari atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai e-Filing.

ARTIKEL YANG BERKAITAN

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *