CARA MUAT TURUN & CETAK SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA FORMAT PDF
Bagi individu yang sudah lengkap divaksin, susah tentunya anda akan mempunyai sijil digital vaksin dalam aplikasi MySejahtera anda. Terkini terdapat ciri baru yang diperkenalkan menerusi apliaksi MySejahtera iaitu anda boleh muat turun dan cetak sijil digital vaksinasi anda dalam file PDF.
Bagaimana cara untuk muat turun dan cetak sijil digital vaksinasi? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
CARA MUAT TURUN SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA
Untuk menggunakan ciri ini, anda seharusnya kemaskini MySejahtera anda terlebih dahulu kepada versi yang terkini. Berikut adalah cara untuk muat turun sijil digital anda:
- Buka aplikasi MySejahtera anda.
- Pada paparan utama klik Close
- Seterusnya pergi ke halaman Profil anda
- Scroll ke bahagian buah sehingga anda terjumpa dua pilihan itu
- Show OR Code
- Download
- Klik pada pilihan Download
- Anda dikehendaki untuk menunggu 10 hingga 15 minit
- Kemudian akan tertera satu Notifikasi mengatakan sijil anda telah tersedia.
- Kemudian tekan Download, paparan Sijil Digital Vaksinasi anda akan terpapar.
- Selesai
NOTA: Untuk menggunakan ciri ini setakat ini ianya hanya ditawarkan kepada pengguna platform iOS sahaja, bagi pengguna Android belum mendapat kemaskini lagi.
CARA CETAK SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA
Setelah terpapar sijil digital anda dalam aplikasi MySejahtera, berikut adalah cara untuk mecetak sijil digital anda:
- Pada paparan sijil digital dalam aplikasi Mysejahtera, klik pada ikon anak panah ke atas (berada pada bucu kanan atas)
- Kemudian pilih cara simpanan yang anda inginkan.
- Kemudian pindahkan fail pdf sijil digital anda ke computer untuk dicetak
- Selesai
MASALAH BERKAITAN SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA
Sekiranya anda mempunyai masalah terhadap sijil digil vaksinasi, anda boleh menggunakan perkhidmatan HelpDesk MySejahtera.
SOALAN LAZIM
Apakah aplikasi MySejahtera?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan
Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?
Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
- Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
- Pentadbir aplikasi di KKM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara muat turun dan cetak sjili digital vaksinasi, anda boleh layari pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
ARTIKEL LAIN
PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)
CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)
Dalam akaun aplikasi MySejahtera saya tak ada ikon download. Jadi, nak buat macam mana?
Dalam MySejahtera saya, sijil digital telah lengkap terpapar (warna kuning) bagi dose 1 dan dose 2 namun apabila saya cuba untuk ‘download’ hanya dose 1 sahaja yang dipaparkan dalam fail PDF saya sebalik dose kedua tidak kelihatan(tiada paparan)
selamat pagi, saya telah mengisi no passport tetapi sijil saya dikeluarkan adalah ic no dibawah passport no juga