SKIM INSURANS HAYAT INSAN SELANGOR Daftar Perlindungan

SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR(INSAN) Cara Daftar & Semak Perlindungan

Terkini berita menggembirakan buat rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan hadiah terbaik sempena hari kemerdekaan dengan memperkenalkan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN). Disini kami kongsikan kepada anda cara daftar dan semak perlindungan, semoga membantu.

APA ITU SKIM INSURANS HAYAT (INSAN)

INSAN ialah pelindungan insurans am berkumpulan kepada 6 juta rakyat Selangor berumur bermula dari 30 hari ke 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Skim insurans ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.

SYARAT KELAYAKAN SKIM INSURANS HAYAT 

Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan untuk daftar skim ini iaitu:

  • Lahir di Selangor
  • Menjadi pengundi di Selangor

TARIKH PERMOHONAN SKIM INSURANS HAYAT (INSAN)

Permohonan Insan boleh didaftarkan mulai 1 Oktober 2022.

KADAR PERLINDUNGAN SKIM INSURANS HAYAT

Setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

CARA DAFTAR SKIM INSURANS HAYAT

Bagi panduan pendaftaran akan dikemaskini pada tarikh permohonan dibuka nanti

CARA SEMAK SKIM INSURANS HAYAT 

Bagi panduan semakan akan dikemaskini pada tarikh permohonan dibuka nanti

PETIKAN BERITA SKIM INSURANS HAYAT

  • Enam juta rakyat Selangor bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
  • Ditawarkan buat penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun, inisiatif Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bagi membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.
  • Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.\
  • “Dengan perlindungan ini, hanya dua syarat yang perlu dipenuhi iaitu lahir di Selangor atau menjadi pengundi di Selangor. Salah satu daripada syarat ini dipenuhi, saudara layak dilindungi.
  • “(Usaha ini) demi menjamin kehidupan bermartabat, harga diri dan nyawa rakyat Selangor dengan nilai gantian bagi setiap kehilangan nyawa akibat kemalangan,” katanya pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.
  • Beliau memaklumkan skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Insuran Hayat (Insan), and aboleh layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

ARTIKEL LAIN

BINGKAS SELANGOR (Permohonan Bantuan RM300 Sebulan)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *