PERMOHONAN SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA 2022(Golongan Miskin & Miskin Tegar)
Terkini Kerajaan akan menyediakan memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di negara ini. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan status pelan perlindungan insurans ketua isi rumah, semoga membantu.
APA ITU SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA
Skim ini sebagai inisiatif kerajaan bagi membantu Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem e-Kasih akan diberi perlindungan insurans dengan premium RM50 setahun.
Program ini bakal memanfaatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin membabitkan kos keseluruhan RM13.4 juta.
MANFAAT PERLINDUNGAN INSURANS KELUARGA MALAYSIA
Skim ini membei manfaat kepada keluarga sekiranya Ketua isi Rumah (KIR) meninggal dunia atas sebab berikut:
- Kematian biasa: RM10,000
- Keilatan kekal: RM10,000
- Meninggal akibat kemalangan: RM20,000.
CARA PERMOHONAN SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA
Untu membuat permohonan ini tidak diperlukan kerana pemilihan adalah berdasarkan keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.
SEMAKAN eKASIH ONLINE
Untuk melakukan semakan ekasih secara online berikut adalah merupakan caranya:
- Pautan : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan, dan klik butang untuk semak
- Tetapi jikalau nama anda tiada dalam senarai nama penerima bantuan e-kasih, sistem akan terpapar tidak wujud di dalam sistem eKasih.
CARA DAFTAR eKASIH
Cara bagaimana mendaftar borang bantuan ekasih mudah sahaja. Boleh semak panduan mudah daftar permohonan bantuan seperti di bawah ini
- Kami sarankan anda pergi kemana-mana cawangan Unit Pembangunan Pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang boleh anda mohon bantuan ini
- Unit Pembangunan Pejabat daerah ada di seluruh Malaysia baik di melaka Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Langkawi Kedah Perlis Terengganu Kelantan Johor Negeri Sembilan Sabah Pulau Pinang Penang sarawak Perak Selangor ataupun di Pahang. Nombor telefon untuk anda terus hubungi ada kami kongisikan di bawah ini
- Kakitangan mereka akan membantu anda register dan lakukan pendaftaran ekasih
- Pastikan dokumen yang mereka mahukan adalah lengkap. Setiap individu dokumen yang kakitangan Pejabat Daerah perlu adalah berbeza-beza
- Selepas surat permohonan ekasih dihantar, nantikan kedatangan kakitangan pejabat daerah bahagian pembangunan ke rumah anda untuk mengedahkan permohonan
- Samada anda layak atau tidak sebagai penerima bantuan ekasih, mereka akan buat penilaian untuk dimasukkan dalam sistem online ini
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS eKASIH 2022 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)
Hi,
boleh saya tahu lebih mendalam berkaitan program ini
adakah pencarum perlu mencarum setiap bulan RM75.