Pengenalan Sekolah-Sekolah Di Bawah MAIWP
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) bagi sesi kemasukan tahun 2025.
MAIWP mempunyai beberapa institusi pendidikan, termasuk SMA MAIWP dan SMISTA, yang menyediakan pendidikan peringkat menengah. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar yang telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah, sebagai kesinambungan kepada pendidikan agama yang diperoleh di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Selain itu, institusi-institusi ini juga ditubuhkan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
Senarai Sekolah Di Bawah MAIWP
Sekolah-sekolah yang menawarkan kemasukan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:
- SMA MAIWP Kuala Lumpur – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
- SMA MAIWP Labuan – SABK yang turut melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) – SABK yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Syarat-Syarat Permohonan SMA MAIWP SMISTA
Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke sekolah-sekolah ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberikan kepada pelajar yang lahir atau menetap di Wilayah Persekutuan.
- Memiliki keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini.
- Mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau kelayakan setaraf.
- Mempunyai kemahiran dalam menulis dan membaca jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
- Lulus dengan cemerlang dalam temu duga kemasukan.
Prosedur Permohonan SMA MAIWP SMISTA
Untuk membuat permohonan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web permohonan di https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/.
- Klik pada bahagian ‘Pendaftaran Pelajar.’
- Pilih sekolah yang diinginkan dan masukkan nombor kad pengenalan. Kemudian klik butang ‘Semakan.’
- Selesaikan pengisian borang permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 SMA MAIWP dan SMISTA untuk tahun 2025, sila kunjungi laman web rasmi MAIWP di https://www.maiwp.gov.my/.
Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi di bawah MAIWP!
Artikel Lain