PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA 2024(Apply aplikasi.mara.gov.my)
Bagi ahli perniagaan yang tidak mempunyai modal wang untuk mengembangkan perniagaan, boleh lah memohon pembiayaan MARA .
APAKAH ITU MARA?
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
SENARAI PERNIAGAAN YANG LAYAK PEMBIAYAAN MARA
Pemilik perniagaan yang dibenarkan untuk memohon bantuan pembiyaan ini adalah:
- Milikan tunggal (Enterprise)
- Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Syarikat SDN BHD
SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut adalah syarat asa yang perlu dipenuhi oleh pemohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Berdaftar dengan SSM serta telah beroperasi lebih daripada 6 bulan
- Menjalankan perniagaan secara penuh masa (fulltime)
- Perniagaan yang mematuhi syariah
- Bebas dari senarai hitam (black list) MARA.
CARA MEMOHON
Untuk memohon , anda bolah mohon melalui atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui dua langkah iaitu:
- Langkah 1 – Pilih E-Perkhidmatan
- Langkah 2 – Pilih MyUsahawan
Atau boleh juga terus ke aplikasi permohonan di https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/
Namun begitu pemohon juga perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.
HAD MAKSIMUM PEMBIYAAN YANG DIPOHON
Berikut adalah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan:
- PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
- Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
- SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
- DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM150,000.00
- Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
- SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
- SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
- PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
- SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
- MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
- PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen yang perlu disediakan bagi permohonan pembiayaan MARA
adalah:
- Mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA (boleh didapati di skrin permohonan).
- Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA)
- Perlu dihantar dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.
MAKLUMAT LANJUT PEMBIAYAAN MARA
Untuk maklumat lanjut , anda boleh ke Portal Rasmi MARA di link web ini https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/
ARTIKEL LAIN
GIATMARA (Permohonan Kursus 6 Bulan Elaun RM200)
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DanaNITA MARA(Cara Permohonan & Check Kelayakan)
Saya mendapat Tawaran station minyan secara CoDo dari tahun 2016 daripada BH Petrol dan telah perolehi kelulusan semua pihak yg terbabit Dan kelulusan plan bangunan dijangka mendapat kelulusan dari Majlis Bandaya Pasir Gudang Minggu ini …..
Saya Perlukan modal pusingan berjumlah RM350,0000
No hand phone
013- 730 1808