SPIN TEKUN 2.0 (Cara Permohonan & Muat Turun Borang)
Skim Pembiayaan Informal ataupun ( SPIN TEKUN ) merupakan satu pembiayaan kepada usahawan yang belum mempunyai Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) @ lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Antara tujuan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) ini adalah untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa mendaftar perniagaan yang dijalankan atau memohon lesen perniagaan dalam kesukaran menempuhi masa pandemik COVID-19.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.
Maklumat akan kami kongsikan sengan lebih lanjut tentang program ini khusus bagi usahawan yang berminat dan memenuhi syarat. Pemohon boleh merujuki https://www.tekun.gov.my
APA ITU Skim (SPIN) TEKUN ?
Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) merupakan sebuah pembiayaan kepada usahawan yang belum membuat Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).
Semua jenis perniagaan yang dijalankan serta sah disisi undang-undang dan patuh syariah boleh dipohon melalui skim ini.
Antara syarat utama bagi ( SPIN ) ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan yang kukuh selain premis mereka akan juga akan turut dikunjungi oleh wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.
JUMLAH PEMBIAYAAN SPIN TEKUN 2.0
- Usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau mendaftar perniagaan dengan SSM: Pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM 5,000.
- Usahawan yang mempunyai lesen/permit atau mendaftar perniagaan dengan SSM yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan: Pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM10,000.
JENIS PERNIAGAAN
Jenis perniagaan yang boleh dipohon menerusi SPIN 2.0 adalah seperti berikut:
- Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.
- Penjaja kecil.
- Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
- Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
- Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
- Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).
SYARAT PERMOHONAN SPIN TEKUN 2.0
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
- Usahawan yang memohon perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini bersama dengan borang permohonan pembiayaan (JPTT/Borang/02,JPTT/Borang/03, JPP/Borang/02 atau JPP/Borang/07)
- Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang mengantikan Lesen @ Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT sebagai sokongan borang.
CARA BUAT PERMOHONAN SPIN TEKUN 2.0
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web TEKUN Online melalui pautan https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
- Klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua lengkap diisi.
SOALAN LAZIM
Adakah TEKUN melantik ejen/wakil untuk menguruskan skim pembiayaan ini?
Pihak TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan
permohonan pembiayaan ini.
Berapakah kadar keuntungan bagi SPIN 2.0?
Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0%.
Adakah pembiayaan menerusi skim ini dilindungi insurans?
Pembiayaan SPIN 2.0 dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.
MAKLUMAT LANJUT TENTANG SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) TEKUN
Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini boleh didapati melalui laman web rasmi TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my
@
Hubungi ibu pejabat TEKUN di
TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9059 8888. No. Faks: 03-9059 9292.
Emel: mailbox@tekun.gov.my
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN
CARA DAFTAR MyDATA SSM(Login & Beli Maklumat Syarikat)
SPPP SSM : CARA DAFTAR SSM PERCUMA UNTUK PELAJAR SERTA USAHAWAN B40
GERAN AGROPRENEUR MUDA 2021 :CARA MOHON, SYARAT PERMOHONAN DAN MUAT TURUN BORANG
SPiM IPTS MARA 2021 : CARA PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & DOKUMEN PERMOHONAN
PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021 :SYARAT PERMOHONAN, CARA MOHON DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN
lulus atau tidak
Bantuan