SPPP Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (Daftar SSM Percuma)
Kepada usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terkini anda boleh membuat permohonan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Tetapi adakah layak untuk memohon? Disini kami akan kongsikan mengenai skim ini cara daftar SSM percuma, semoga membantu.
APA ITU SPPP
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa
MANFAAT DAFTAR SSM PERCUMA
Pendaftaran secara percuma merangkumi seperti berikut:
BIL | PERKARA | PENGECUALIAN FI |
1. | Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau | RM30 |
2. | Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan | RM60 |
3. | Cetakan maklumat | RM10 |
TEMPOH DAFTAR SSM PEERCUMA
Inisiatif ini untuk tempoh satu (1) tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan). Untuk pembaharuan & tambah cawangan (jika ada) dikenakan bayaran seperti biasa.
KATAGORI KELAYAKAN DAFTAR SSM PEERCUMA
Berikut adalah merupakan antara katagori yang layak untuk membuat permohonan daftar SSM percuma ini iaitu:
- Usahawan Kumpulan B40
- Pelajar IPT Sepenuh Masa
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SPPP
Sebelum membuat permohonan, anda mestilah mengetahui syarat dan perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP. Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut kategori permohonan iaitu:
KATAGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
- Pemegang MyKad/MyPR;
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
KATAGORI PELAJAR IPTA DAN IPTS
- Pemegang MyKad/MyPR;
- Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan mengikut katagori:
Usahawan Kumpulan B40
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang); dan
- Bukti pengesahan menjalankan perniagaan :
- Permohonan bantuan pinjaman/ geran perniagaan; atau
- Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
- Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau (iv) Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pelajar IPT Sepenuh Masa
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
- Salinan kad pelajar; dan
- Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.
CARA DAFTAR SSM PERCUMA
Berikut merupakan perkongsian cara daftar ssm perjuma dibawah sppp bagi kedua-dua katagori:
- Anda perlu login ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Anda perlu meilih menu MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab@icon NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat lengkap dan betul seperti berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh permulaan perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran yang telah dibuat.
TARIKH TAKLIMAT PENDAFTARAN SSM PERCUMA
Sertai sesi taklimat secara atas talian mengenai pendaftaran perniagaan yang dianjurkan oleh SSM pada:
- 31 Julai 2023
- 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
- Pautan Pendaftaran
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang info terkini, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email protected].
- FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
- Instagram / IG: @ssmofficialpage
- Twitter: @ssmofficialpage
- Telegram: https://t.me/ssmofficialpage
ARTIKEL LAIN
- Baca SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)
- Bagaimanakah cara guna DuitNow
Assalammualaikum…
Saya cuba nak masuk untuk daftar ssm online…tapi tak boleh pun…
Tiada