SEMAKAN STATUS SSBA MAIK(Check Permohonan Bantuan One-Off Asnaf Negeri Kelantan)
Terkini Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memperkenalkan satu sistem online yang dikenali Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA). SSBA ini membolehkan para asnaf yang telah membuat permohonan bantuan (one-off) kepada MAIK untuk membuat semakan status permohonan secara online.
Bagaimana cara untuk membuat semakan SSBA MAIK seccara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU SSBA MAIK
Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) telah diperkenalkan bagi memudahkan urusan orang awam membuat semakan bantuan (bagi bantuan one off sahaja) secara atas talian.
Melalui SSBA, orang awam tidak perlu lagi untuk hadir ke pejabat untuk menyemak status dan rekod bantuan mereka di MAIK dan menunggu terlalu terlalu lama untuk mengetahui status permohonan.
KATAGORI ASNAF PENERIMA ZAKAT
Terdapat 8 kategori asnaf yang boleh menerima zakat iaitu:
- Asnaf Fakir
- Asnaf Miskin
- Asnaf Amil
- Asnaf Mualaf
- Asnaf Riqab
- Asnaf Gharimin
- Asnaf Fisabilillah
- Asnaf Ibnusabil
JENIS BANTUAN SEMAKAN SSBA
Berikut adalah merupakan Jenis bantuan yang boleh dibuat semakan melalui SSBA:
- 19202 – Bantuan Pengajian Ke Inst Pendidikan Luar Negara
- 21102 – Bantuan Pembangunan Asnaf
- 21103 – Program Kemahiran
- 21104 – Bantuan Am
- 21105 – Bantuan Rawatan Perubatan
- 21106 – Bantuan Persekolahan
- 21109 – Bantuan Sekolah Pondok & Maahad Tahfiz
- 21110 – Bantuan Hari Raya
- 21113 – Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
- 21114 – Bantuan Rumah Kediaman (Projek Khas)
- 21115 – Biasiswa Tengku Anis (Sek. Ren & Men)
- 21116 – Bantuan Rawatan & Perubatan (Projek Khas)
- 25101 – Bantuan Kepada Gharimin
- 27101 – Bantuan Kepada Ibnu Sabil
CARA SEMAKAN BANTUAN SBBA MAIK
Berikut adalah cara untuk membuat semakan bantuan (one-off) MAIK melalui SBBA:
- Layari laman semakan SSBA MAIK: https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/e-perkhidmatan-kami/semakan-oneoff
- Klik butang Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA).
- Masukkan No Kad Pengenalan
- Masukkan Kod Catcha yang tertera dan klik Semak.
- Klik pada Keterangan Lanjut untuk mengetahui maklumat lanjut.
- Klik Kembali Ke Utama untuk keluar ke halaman utama.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MAIK
Sekiranya anda ingin membuat permohonan bantuan MAIK, berikut adalah merupakan caranya:
- Pergi ke Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK untuk dapatkan borang permohonan bantuan secara percuma
- Isi maklumat yang diperlukan pada borang permohonan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan yang lengkap semula kepada Kaunter Zakat MAIK.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semkan SSBA online, anda boleh:
- Layari website rasmi MAIK: https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/
- Hubungi khidmat pelanggan MAIK: 09-7481512 atau talian bebas tol 1-800-88-6060.
ARTIKEL LAIN
SKIM CAKNA SURI:DAFTAR, PERMOHONAN & BORANG BANTUAN SURI RUMAH RM100