STATUS DELIVERY J&T BARANG (Guna Aplikasi)

CARA SEMAK STATUS DELIVERY BARANG (Guna Aplikasi J&T Malaysia)

Pada masa kini, pembelian online semakin menggalakan. Terdapat pelbagai platform jualan online kini seperti lazada, shopee TikTok shop dan sebagainya. Kita sebagai pengguna atau penjual mesti untuk memilih perkhidmatan penghantaran yang paling pantas dan juga harga yang berbaloi. Salah satunya perkhidmatan kurier J&T Espress akan menjadi pilihan. Di sini kami kongsikan kepada and acara semak status delivery J&T barangan anda, semoga membantu.

 APA ITU J&T EXPRESS

J&T Express ialah sebuah syarikat logistik berasal dari Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 2015, syarikat ini umumnya menguruskan bidang logistik dan penghantaran bungkusan.

KELEBIHAN J&T EXPRESS

Berikut adalah di antara kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh J&T Express Malaysia iaitu:

  • Perkhidmatan Pelanggan Hotline 24 Jam
  • Beroperasi 365 Hari setahun
  • Perkhidmatan Pengambilan yang cekap dan pantas
  • Laman Web dan Aplikasi Mesra Pengguna
  • Liputan seluruh negara di Malaysia
  • Sistem Penjejakan Masa Nyata
  • Perkhidmatan Bersepadu Multi-Platform untuk Pelanggan VIP
  • Perkhidmatan Tuntutan Pantas
  • Harga Biasa dengan Perkhidmatan Premium

CARA SEMAK STATUS DELIVERY GUNA APLIKASI J&T

Kepada anda yang ingin menyemak status penghantaran barang anda menggunakan aplikasi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi J&T (Android/IOS) dalam telefon anda
  2. Sila masukkan nombor tracking kurier (airwaybill) pada ruang semakan TRACE & TRACK tanpa menjarakkan nombor seperti ini ‘610019232951, 610019232952’.
  3. Sekiranya nombor tracking dimasukkan betul klik pada Track
  4. Lihat Status Penghantaran dan klik pada tracking number untuk mendapatkan maklumat lanjut penghantaran
  5. Antara maklumat yang boleh akan dipaparkan semasa membuat pengesanan status delivery adalah:
    • Tarikh barang mula untuk penghantaran
    • Proses penghantaran
    • Status kedudukan barang

NOTA: Anda boleh menyemak sehingga maksimum 10 nombor tracking dalam satu masa

CARA SEMAK STATUS DELIVERY GUNA WEBSITE J&T

Kepada anda yang ingin menyemak status penghantaran barang anda menggunakan website, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan TRACE & TRACK J&T
  2. Masukkan NOMBOR TRACKING anda dalam ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian klik pada TRACK NOW.
  4. Selesai, anda akan dapat tahu status penghantan barangan anda.

NO TRACKING J&T HILANG

Sekiranya kehilangan No resit atau tracking number J&T, ia akan bermasalah untuk trace and track barangan anda. Anda mungkin boleh mohon bantuan dari pihak J&T costumer service di talian:

  • Talian Hotline 1-300-80-9000 atau 03-9212 9660

TINDAKAN JIKA BARANG ROSAK SEMASA DELIVERY J&T

Pengguna boleh membuat aduan barangan rosak, hilang dan sebagainya dengan menghubungi:

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertayanan tentang Status Delivery J&T Express Tracking, anda boleh  hubungi

  • Talian khidmat pelanggan: 1300-80-9000 / 03-92129660
  • Facebook: J&T Express
  • Instagram: @jtexpressmy

ARTIKEL BERKAITAN:

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *