sto.imi.gov.my STO (PERMOHONAN TEMUJANJI IMIGRESEN)

BAGAIMANAKAH BUATPERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN MALAYSIA?

Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Jabatan Imigresen, segala urusan di kaunter Imigresen adalah secara janji temu berjadual. Sehubungan dengan itu, Imigresen telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem temujanji di dalam talian iaitu STO Imigresen.Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan STO (sto.imi.gov.my)? Disini kami kongsikan cara ingin membuat temujanji berjadual dengan pihak Imigresen.

Nak buat myIMMs Check Renew Passport Permit Fomema?

TERMA DAN SYARAT TEMUJANJI STO (sto.imi.gov.my)

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;
  2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  3. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  4. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  5. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  7. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  9. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  10. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

CARA MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN (sto.imi.gov.my)

Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat. Untuk membuat permohonan temujanji online, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan permohonan Sistem Temujanji Online Imigresen
  2. Pilih pada Permohonan Temujanji
  3. Masukkan alamat email anda, klik Teruskan
  4. Isikan maklumat pada Borang Temujanji dengan lengkap(wajib diisi)
    • Nama Penuh
    • No. Kad Pengenalan
    • Akamat
    • No. Telefon
    • e-Mel
    • Maklumat butiran temujanji
  5. Setelah semua maklumat diisi, tekang butang Hantar
  6. Cetak SLIP temujanji untuk rujukan di kaunter cawangan Jabatan Imigresen Malaysia nanti.

CARA MEMBUAT SEMAKAN TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN (sto.imi.gov.my)

Kepada pemohon yang teleh membuat temujanji boleh membuat semakan dengan:

  1. Layaripautan temujanji online STO
  2. Klik pada SEMAKAN/CETAK PERMOHONAN
  3. Masukkan NO TEMUJANJI dan CRITERIA anda
  4. Tekan SEMAK/CHECK
  5. Rekod temu janji anda akan di paparkan.

WAKTU OPERASI PEJABAT IMIGRESEN

  • Semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada hari Sabtu mulai 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei depan.
  • Waktu pengoperasian kaunter imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru juga dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei 2022.

WAKTU OPERASI UTC IMIGRESEN

Berikut adalah merupakan watu operasi Imigresen di UTC Iaitu:

SEMUA NEGERI SELAIN PERLIS, PAHANG, TERENGGANU DAN KEDAHPERLIS, PAHANG, TERENGGANU DAN KEDAH
Setiap Hari

8.00 Pagi – 7.00 Malam

Hujung Minggu

8.00 Pagi – 5.00 Petang

Setiap Hari

8.00 Pagi – 5.00 Petang

Hujung Minggu

8.00 Pagi – 5.00 Petang

 

SENARAI PEJABAT PENGELUAR PASSPORT

NEGERIPEJABAT PENGELUARPEJABAT PENERIMAUTC
KEDAH
  • Alor Setar
  • Langkawi
  • Bukit Kayu Hitam
  • Kulim
 
  • UTC Alor Setar
  • UTC Sungai Petani
PERLISKangar UTC Perlis
TERENGGANUBesut
  • Dungun
  • Kerteh
UTC Kuala Terengganu
KELANTAN 
  • Rantau Panjang
  • Pengkalan Kubor
  • Gua Musang
UTC Kota Bharu
PULAU PINANG
  • Seberang Jaya
  • George Town
  
PERAK
  • Ipoh
  • Taiping
  • Teluk Intan
  • Pengkalan Hulu
  • Lumut
KamparUTC Ipoh
SELANGOR
  • PKNS Shah Alam
  • Kelana Jaya
  • Kuala Langat
  • Pelabuhan Klang
  • Kajang
  • Kuala Kubu Baru
  • Puchong
  • Kuala Selangor
 UTC Shah Alam
PAHANG
  • Temerloh
  • Raub
  • Cameron Highland
  • Pulau Tioman
  • Kuala Lipis
  • Pekan
UTC Kuantan
JOHOR
  • Johor Bahru – Setia
  • Tropika
  • Batu Pahat
  • Kukup
  • Segamat
  • Mersing
  • Muar
  • Kulai Jaya
  • Kluang
  • Tanjung Pengelih
  • Pagoh
  • UTC Johor Bharu
  • UTC Pasir Gudang
KUALA LUMPUR
  • Jalan Duta
  • Wangsa Maju
 
  • UTC Pudu
  • UTC Sentul
  • UTC Keramat
PUTRAJAYAMenara Ikhlas  
SARAWAK
  • Kuching
  • Lawas
  • Limbang
  • Sri Aman
  • Bintulu
  • Kota Samarahan
  • Marudi
  • Sarikei
  • Kapit
  • Mukah
  • Sundar
  • UTC Kuching
  • UTC Miri
  • UTC Sibu
SABAH
  • Kota Kinabalu
  • Sandakan
  • Lahad Datu
  • Sipitang
  • Ranau
  • Kudat
  • Semporna
  • Tenom
  • UTC Kota Kinabalu
  • UTC Keningau
  • UTC Tawau
W.P. LABUAN  UTC Labuan

NOTA: Pejabat pasport Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut beroperasi sebagai Pejabat Pengeluar Pasport bagi kes segera dan kecemasan, selain permohonan biasa

  • Pejabat Penerima & Pengeluar – Pejabat yang menerima dan memproses permohonan PMA di tempat yang sama
  • Pejabat Penerima – Pejabat yang hanya menerima permohonan PMA dan akan  di hantar ke ibu  pejabat negeri masing-masing untuk proses

SOALAN LAZIM (FAQ) STO IMIGRESEN(sto.imi.gov.my)

Adakah tempahan temujanji ini boleh mengikut masa yang saya inginkan?

  • Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain.

Bagaimana sekiranya  permohonan jatuh pada hari kelepasan Am?

  • Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula

Adakah boleh menggunakan tunai semasa pembayaran?

  • Urusan pembayaran adalah secara e-payment menggunakan kad atm/debit atau kad kredit.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebaran maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh layari web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di http://eapp.imi.gov.my/spo

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PERJALANAN JABATAN IMIGRESEN(Cara Check di sspi.imi.gov.my/sspi/)

Share your love

15 Comments

  1. SALAM,
    SAYA TELAH CUBA STO 2.0 TETAPI TIADA BORANG YANG DIPAPARKAN UNTUK SAYA ISI.CUMA TERDAPAT BEBERAPA PERATURAN SAHAJA.
    MINTA BANTU CARA SEBENAR UNTUK PENGISIAN BORANG.

  2. Urusan cuma ada satu bahagian sahaja. Apakah yg perlu saya klik untuk urusan renew pas perjalanan terhad untuk suami. Kalau yang lama dulu senang je. Untuk sto 2.0 ni susah sgt

  3. Sistem ni date ta boleh booking..aku ta boleh purchase online..number saya register number lama..number baru ta boleh purchase apapun hari isnin saya mau temujanji.

  4. Nama saya Revathi Subramaniam. Saya telah lama cuba nak apply temujanji nak renew passport tapi tak dapat

  5. Hi I do appment for my daughter but can same day do together with me at 25 may time 10am to 12pm the time?

  6. Saye dah buat sto 2 ,
    Tapi dalam pilihan urusniaga ,tiada sambung visa istri kepada (PR)

  7. Saya da buat online temujanji, dlm 2 minggu tarikh d beri 11.5.2022 ,da sampai masa d pej. Imegresen Tawau, Boleh nya selamba ja pegawai Tu bgi tau , habis buku merah utk passport keluar negara , tunggula mungkin minggu depan baru sampai, sudahla saya susah payah urus cuti sekolah anak utk hadir tepat tarikh yg d bagi, sampai2 buku merah tiada, sepatutnya belum habis buku passport Tu da awal oder la, jgn tunggu habis baru oder, dia suruh Kita buat online passport, Kita nak Minta tolong Bantu buat online seorang pun tiada yg sudi ofer nak tolong ,sedih sangat2 la

  8. Isteri warga asing nak melanjut visa perlu buat temujanji atau walk in? Kalau buat sto bawah category mana? Tq

  9. I dh 4 kali pergi immigration nk buat permit msk sticker untk my ( PResidents) tpi 1 pun xjdi sbb setiap immigresen nk srh gi sana gi situ lps tu srh buat online temujanji lgi.. sto.20 tpi xde yng tulisan untk permit msk tu xde kt senarai So mcm mne i boleh terus walk in je ke.. i dh 10 tahun lebih pemegang PR ni lps tu i blk phils. Xde tanye mne permit masok , katanye xyh buat permit masok lgi sbb dh dpt PR .. kata klua nk blk tujuh je passport dgn ic merah tu.. boleh bantu tuan / puan.. cik/ encik..
    Your appreciation is a big thanks..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *