STR Fasa 3:Semakan Status Duit Dah Masuk,Jadual Bayaran 2024

Bila Duit STR Fasa 3 2024 Masuk Akaun Penerima?

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan secara rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan ke akaun penerima bermula 3 April 2024.


Pemberian STR ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima bantuan yang sewajarnya.

Bila tiba giliran untuk STR Fasa 3 pula?

Maklumat terkini disampaikan dalam sidang media untuk pengetahuan semua penerima STR.


Pengenalan STR Fasa 3


STR merupakan satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Untuk tahun 2024, bantuan ini telah diperbaharui dengan penambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), iaitu bantuan bulanan atau tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

Sehingga Mei 2024, rakyat Malaysia telah menerima bayaran untuk Fasa 1 dan 2.

Fasa ketiga dijangka akan disalurkan tidak lama lagi.

Kaedah Pembayaran STR


Bantuan STR akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut jadual tarikh bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

Pengkreditan ke akaun bank pemohon atau pasangan
Penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)


Pastikan anda telah memeriksa status kelayakan anda melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum mengunjungi kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah:

Fasa 1: 29 Januari 2024
Fasa 2: 3 April 2024
Fasa 3: Ogos 2024
Fasa 4: November 2024


Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan pada masa ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RUJUK: Soalan Lazim STR 2024 (Dikemaskini 1 April 2024)

Cara Semakan STR Fasa 3


Anda boleh semak status melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Rujuk panduan dalam bentuk infografik di bawah:

Klik log masuk MySTR
Masukkan nombor MyKad pemohon
Sahkan kata kunci keselamatan
Maklumat yang dipaparkan termasuk:
Nama pemohon
No. MyKad pemohon
Status permohonan
Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
Masukkan kata laluan
Termasuk contoh paparan yang akan dilihat di laman semakan.

Cara Membaca Status STR Terkini


Bagi mereka yang telah membuat semakan, mungkin masih keliru dengan maksud “LULUS” – kerana terdapat dua status kelulusan yang terpapar.

Salah satunya berkaitan dengan Kelulusan Asas STR, manakala yang satu lagi berkaitan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Untuk pengetahuan anda, Sumbangan Asas Rahmah merupakan STR Tambahan sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan, untuk penerima yang layak dan golongan miskin tegar yang tercatat dalam e-Kasih.

Pada masa yang sama, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran untuk Fasa 3.

Ini kerana mereka:

Tidak lulus permohonan STR 2024
Perubahan status dari kahwin kepada bercerai / kematian pasangan
Lulus dalam kategori isi rumah (tanpa anak) dengan pendapatan RM2501-RM5000.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Rujuk sepenuhnya: Rayuan STR – Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan

Lupa Kata Laluan STR


Maklumat asal BKM tersedia dalam akaun MYSTR.

Jadi, untuk log masuk ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan yang sama seperti dalam Portal BKM sebelum ini.

Log masuk MySTR memerlukan Nombor MyKad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut langkah-langkah yang perlu diambil jika anda lupa kata laluan BKM yang lama:

Lawati laman web STR di pautan
Klik “Terlupa Kata Laluan”
Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
Masukkan emel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
Sahkan jika kata kunci keselamatan betul, kemudian klik “Ya”.
Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
Masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
Anda akan menerima notifikasi bahawa Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Jika anda lupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (maksimum 3 percubaan), ID MySTR akan disekat dan boleh cuba semula selepas 24 jam.

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Maklumat Tambahan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR LHDNM
Hotline STR MoF
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Untuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *