TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2024(Jadual Bulanan SOCSO)
Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui tarikh dan jadual bayaran bulanan faedah PERKESO tahun 2024? Ramai penerima yang ingin mendapat maklumat tentang BAYARAN BULANAN FAEDAH PERKESO TAHUN 2024. Portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial ada berkongsi maklumat ini.
STR Fasa 3:Semakan Status Duit Dah Masuk,Jadual Bayaran 2024
APA ITU PERKESO
PERKESO atau SOCSO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Sumbangan kepada pihak PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia dimana pendapatannya kurang daripada RM3,000 setiap bulan . sumbangan ini juga termasuk kepada yang bekerja sementara atau kontrak.
Namun begitu, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang bekerja dengan memperolehi berpendapatan sebanyak RM3,000 ke atas.
Memegang prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada pihak PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya@ pendapatannya telah melepasi RM3,000.
Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Hal ini kerana, PERKESO merupakan satu agensi yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada pekerja di Malaysia.
Sama seperti sistem caruman KWSP, jika terdapat majikan yang gagal mendaftar pekerjanya, majikan boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika pihak majikan gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil.
SKIM KEILATAN PERKESO
- Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
- Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Pencen Skim Keilatan Dinaikkan Pada Tahun 2022/2023
Kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang melibatkan 56,000 isi rumah, bermula tahun 2022
SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
- Kemalangan Semasa Kecemasan
- Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Penyakit Khidmat
- Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
- Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2023
Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
BIL. | BULAN | TARIKH BAYARAN FAEDAH | HARI | CATATAN |
1 | Januari | 17 Januari 2023 | Selasa | 22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina |
2 | Februari | 1 Mac 2023 | Rabu | – |
3 | Mac | 31 Mac 2023 | Jumaat | – |
4 | April | 17 April 2023 | Isnin | 22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa |
5 | Mei | 25 Mei 2023 | Khamis | 30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 23 Jun 2023 | Jumaat | 29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban |
7 | Julai | 1 Ogos 2023 | Selasa | – |
8 | Ogos | 1 September 2023 | Jumaat | – |
9 | September | 29 September 2023 | Jumaat | – |
10 | Oktober | 1 November 2023 | Rabu | – |
11 | November | 7 November 2023 | Selasa | 12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali |
12 | Disember | 19 Disember 2023 | Selasa | 25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas |
TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2024
Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
BIL. | BULAN | TARIKH BAYARAN FAEDAH | HARI | CATATAN |
1 | Januari | 31 Januari 2024 | Rabu | |
2 | Februari | 1 Mac 2024 | Jumaat | – |
3 | Mac | 1 April 2024 | Isnin | – |
4 | April | 30 April 2024 | Selasa | |
5 | Mei | 24 Mei 2024 | Jumaat | 30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 11 Jun 2024 | Selasa | 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban |
7 | Julai | 1 Ogos 2024 | Khamis | – |
8 | Ogos | 30 Ogos 2024 | Jumaat | – |
9 | September | 1 Oktober 2024 | Selasa | – |
10 | Oktober | 29 November 2024 | Jumaat | –31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali |
11 | November | 29 November 2024 | Jumaat | |
12 | Disember | 19 Disember 2024 | Khamis | 25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas |
HAD UMUR DAN CARUMAN
- Untuk pekerja yang umurnya 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja.
- Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
KADAR CARUMAN
Kadar caruman majikan kepada pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk :
- Upah
- kerja lebih masa
- komisen dan caj perkhidmatan
- bayaran cuti tahun sakit, bersalin, rehat,
- kelepasan am
- elaun insentif
- sara hidup
Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.
CONTOH PENGIRAAN KADAR CARUMAN
Kadar caruman ditentukan berdasarkan gaji bulanan.
Contohnya jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman sebanyak RM32.6 sebulan.
Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Tarikh Bayaran Faedah PERKESO
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh bayaran faedah PERKESO, anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN
- CHECK NOMBOR SOCSO:SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO
- assist.perkeso.gov.my:Cara Daftar Login Guna(Caruman & Bayaran Online)
- SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO(Cara Buat Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19)
- PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)
- SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO:CARA DAFTAR DAN GUNA PORTAL PERKESO
- PEKERJA DOMESTIK PERKESO:CARA REGISTER PENDAFTARAN SOCSO(SISTEM INSURANS PEKERJAAN)
I did not receive the borang for pencen penakat for year 2022