TEMUJANJI ASNB ONLINE(Permohonan Janji Temu Di Kaunter Cawangan ASB Seluruh Negeri)
Kini para pelabur boleh tetapkan temujanji secara dalam talian untuk urus niaga bukan tunai terpilih seperti perkhidmatan perwarisan dan tuntutan harta pusaka di Cawangan ASNB. Tetapkan tarikh dan waktu janji temu anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sehingga 14 hari lebih awal. Di sini kami kongsikan cara membuat permohonan temujanji ASNB online dan waktu operasi serta perkhidmatan kaunter cawangan di seluruh negeri di Malaysia.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Kaunter ASNB
Antara jenis perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter ASNB adalah:
- Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah
- Pendaftaran Akaun
- Bantuan Khairat
- Tuntutan Baki Pelaburan (Kematian)
- Pengesahan Baki Pelaburan (Urusan Visa & Tender)
- Akaun Bermasalah
NOTA: Bagi urus niaga tunai seperti pelaburan tambahan dan pengeluaran, anda boleh terus ke Cawangan atau menggunakan kemudahan dalam talian menerusi myASNB atau perbankan internet.
Waktu Operasi Kaunter ASNB
Berikut adalah merupakan waktu operasi perkhidmatan kaunter ASNB terkini bagi setiap negeri seperti berikut:
LOKASI | HARI & WAKTU OPERASI |
Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak (Kecuali Kelantan & Terengganu) | Isnin – Jumaat 8.15 pagi – 4.00 petang |
Kelantan & Terengganu | Ahad – Khamis 8.15 pagi – 4.00 petang |
Cuti Umum | Tutup |
Permohonan Temujanji ASNB Online
kepada anda yang ingin membuat urusan di kaunter ASNB, seharusnya membuat temujanji terlebih dahulu. Untuk membuat temujanji secara online, sila rujuk langkah berikut:
- Pergi ke laman website rasmi ASNB
- Pilih menu Hubungi > Cawangan ASNB
- Pilih Negeri
- Klik butang Janji Temu
- Pilih Perkhidmatan
- Tetapkan Tarikh & Masa
- Isi maklumat peribadi anda dan klik Book
- Selesai! Anda akan menerima e-mel pengesahan. Sila tunjukkan e-mel ini ketika hadir ke cawangan ASNB yang telah ditetapkan dalam temujanji anda.
Jika anda ingin buat urusan di ASB untuk membuat pendaftaran dan buka akaun kali pertama,anda boleh cuba buka secara online sahaja.Berikut adalah caranya:
Cara Buka Akaun ASB / Pendaftaran ASNB Online
Untuk membuka akaun pelaburan ASNB dengan cara yang mudah dan pantas, ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat Turun Aplikasi myASNB-Dengan ciri dan antara muka terbaharu, muat turun aplikasi myASNB dari kedai aplikasi telefon pintar anda.
- Sediakan Kad Pengenalan dan Butiran Akaun Bank-Isi maklumat kad pengenalan anda serta butiran akaun bank untuk mendaftar akaun.
- Proses Verifikasi Identiti-Lakukan proses verifikasi identiti untuk memastikan keabsahan maklumat anda.
- Cipta Akaun dengan ID dan Kata Laluan-Buat akaun dengan menetapkan ID pengguna dan kata laluan yang selamat.
- Pilih Kaedah Pembayaran untuk Pelaburan Awal-Pilih kaedah pembayaran yang sesuai untuk membuat pelaburan permulaan serendah RM10.
- Selesai!Anda kini sudah bersedia untuk memulakan pelaburan dalam akaun ASB baru anda. Lakukan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi myASNB.
Dengan langkah-langkah yang mudah ini, proses pendaftaran dan pembukaan akaun ASB melalui aplikasi myASNB memudahkan anda untuk memulakan pelaburan dengan ASNB tanpa perlu mengunjungi cawangan secara fizikal.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat lanjut tentang urusan ASNB dalam tempoh PKP, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web: http://www.asnb.com.my/
- Hubungi: 03 – 7730 8899
- Email: [email protected]
- Facebook: https://www.facebook.com/ASNBmy/
- Twitter: https://twitter.com/asnbmy_official
ARTIKEL LAIN
- CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAE/CIMB CLICKS/RHB NOW)
- KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)
- SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE MyASNB & MAE
Update Dan pengeluaraan
Check simpanan
Kenapa saya nak buat temujanji online di ASNB Kota kinabalu tarikh tu Tidak dapat nak tekan sbb tertulis tiada tarikh dan nak Cari Bulan yang seterusnya pn Tidak dapat?
assalamualaikum… mcmna nak buat online asnb… sy tekan online xdpt2..
tak dapat isi borang temujanji online pun… semua tiada tarikh..
Tidak dapat temujani isi borang tok oline
Macam mana nak buat temujanji online? Kamu suka betul menyusahkan kerja orang ya, saya sangat tidak puas hati dengan sistem kamu.
Macam mana nak buat temujanji online?..tak ade satu pun masa dan tarikh yg dapat di tekan apalagi utk bulan seterusnya?..bila kita telepon pihak Asnb nak minta walk in temujanji katanya harus kena buat temujanji online juga?..macam mana ni?
Tuan, banyak kali saya cuba buat temujanji online, mulai dari 15/March sampai hari in 2/April 2022. Tapi tiap kali tarikh dan masa tak dapat. Bila saya talipon untuk walk in, saya diberitahu PNB tidak layan walk in, mesti buat temujanji online. Sila tolong buat temujanji untuk saya. Terima kasih.
I need an appointment with ASNB Sibu, Sarawak branch to make assignee but fail to get through despite various efforts.
Please give me the appropriate link to achieve my goal.
Thank you.
I need an appointment with ASNB Sibu, Sarawak branch to make assignee but fail to get through despite various efforts.
Please give me the appropriate link to achieve my goal.
Thank you.