TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot Khidmat Taksir Zakat zakatselangor.com.my/janjitemu)
Buat masa pendemik kini, Lembaga Zakat Selangor sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan pelanggan. Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, kehadiran ke cawangan-cawangan LZS hanyalah melalui janji temu.Bagaimana cara untuk membuat temujanji Zakat Selangor? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
PERINGATAN : Pastikan status anda di dalam aplikasi MySejahtera adalah Risiko Rendah/Low Risk atau Kontak Kasual Tidak Bergejala SAHAJA . LZS berhak menolak dan membatalkan janji temu sekiranya anda gagal mengemukakan bukti status di dalam aplikasi MySejahtera anda.
CARA BUAT TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot Khidmat Taksir Zakat zakatselangor.com.my/janjitemu)
Sekiranya anda ingin membuat janji temu untuk urusan anda dengan LZS, berikut adalah caranya:
- Layari laman pautan janji temu LZS: https://zakatselangor.timetap.com
- Pilih lokasi cawangan yang berhampiran dengan anda. Tekan seterusnya.
- Pilih tarikh yang anda inginkan ( Tarikh yang available yang berwarna biru sahaja)
- Pilih Masa yang anda inginkan, tekan Seterusnya
- Isikan butiran yang diperlukan seperti:
- Name Penuh
- Emel
- Nombor Telefon
- Tujuan
- Seterusnya klik pada Saya Setuju
- Maklumat temujanji akan dipaparkan
- Selesai
SOALAN LAZIM
Apakah urusan yang boleh dibuat secara janji temu LZS?
Antara urusan yang ditawarkan adalah:
- Pertanyaan / Pengambilan Cek / Tunai
- Bayaran Ekspres Zakat / Fidyah / Wakaf / Sedekah
- Pengambilan / Penyerahan Borang Bantuan
- Pertanyaan Agihan
- Pertanyaan / Taksiran Kiraan Zakat
Apakah waktu operasi janji temu LZS?
Waktu operasi bagi cawangan Zakat Selangor adalah berdasarkan hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Bilakah waktu yang boleh dibuat janji temu LZS ini?
Untuk membuat janji temu LZS, anda kena membuat 4 jam sebelum masa janji temu anda bergantung kepada kekosongan slot pada waktu tersebut. Sebaiknya membuat temujanji selewat-lewatnya sehari sebelum masa yang anda inginkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai janji temu LZS, anda boleh:
- Hubungi Talian Zakat Selangor: 1 300 88 4343.
- Hubungi melalui Live Chat di www.zakatselangor.com.my
ARTIKEL LAIN
LOGIN eZAKAT PAY: CARA DAFTAR DAN BAYAR ZAKAT ONLINE ZAKAT SELANGOR
SEMAKAN STATUS TAWAS SELANGOR(Penyata & Kad Simanja)
Bantuan bulan
Assalamualaikum wbt .
Mohon temujanji di kaunter Lembaga Zakat Selangor ( caw K.Sel) .
Tujuan :
1.Penghantaran Borang Modal Niaga
2 Kemaskini Asnaf 2021 secara manual utk Kariah B59.
Masa: 10.00 pagi
Hari : Isnin
Masa : 10: 00 pagi.
Drp : PAKB59
Nak hantar surat zakat kajang
Mohon bantuan kecemasan untuk ank2..utuk bayar yuran PIBG sekolah..dan bantuan sementara mendapat kan pekerjaan..