TOUCH’n GO EWALLET PARTNER(Daftar Merchant TnG)

CARA DAFTAR TOUCH’n GO EWALLET PARTNER(Rakan Niaga / Merchant TnG)

Untuk mendaftar sebagai peniaga Touch’n Go Ewallet Partner anda perlu mengisi butiran maklumat perniagaan anda, dan kemudian menghantar butiran berkenaan beserta dokumen yang diperlukan. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara daftar secara online, semoga membantu.

APA ITU TOUCH’n GO EWALLETPARTNER

Touch ‘n Go eWallet ialah platform pembayaran e-dompet dan dalam talian Malaysia, yang ditubuhkan pada Julai 2017 sebagai usaha sama antara Touch ‘n Go dan Ant Financial. Ia membolehkan pengguna membuat pembayaran di kedai tempatan melalui kod QR, membayar jalan tol dan minyak melalui RFID, membayar bil dan tempat letak kereta, membuat pembayaran dalam talian untuk e-dagang, e-hailing dan pembelian aplikasi, pemindahan P2P dan menempah tiket filem dan tiket kapal terbang.

CARA DAFTAR TOUCH’n GO EWALLETPARTNER

Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai Partner, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan : https://www.tngdigital.com.my/business/merchant-partner
  2. Masukkan butiran yang diperlukan:
    • Nama penuh pemilik perniagaan
    • No kad pengenalan pemilik perniagaan
    • Alamat emel.
    • Referral code atau no rujukan (sekiranya ada).
  3. Setelah lengkap, klik Next. Kemudian isikan:
    • No telefon perniagaan
    • No telefon lain yang digunakan untuk berurusan (sekiranya ada)
    • Nota: Hanya nombor telefon pertama yang wajib dimasukkan.
  4. Setelah lengkap klik Next, kemudian isikan:
    • Nama rasmi perniagaan anda (seperti didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
    • alamat premis perniagaan anda, poskod dan negeri premis.
    • Nama pemilik akaun bank perniagaan anda
    • Nama bank yang anda gunakan
    • No akaun bank perniagaan anda.
  5. Setelah lengkap klik Next, kemudian isikan:
    • Jumlah premis perniagaan anda. (masukkan 1 jika anda hanya ada satu premis perniagaan).
    • Masukkan juga jenis perniagaan anda
    • Kategori perniagaan.
    • Nama perniagaan seperti yang tertera di sijil pendaftaran syarikat
    • Tarikh tamat tempoh lesen perniagaan
    • No pendaftaran syarikat.
  6. Setelah lengkap klik Next, kemudian bahagian terakhir yang perlu disi ialah dengan memuat naik(upload):
    • lesen perniagaan yang sah
    • Penyata bank terkini
    • Gambar operasi perniagaan (gambar premis atau gambar servis perniagaan)
    • Gambar kad pengenalan pemilik perniagaan.
  7. Seterusnya Tick pada Terma & Syarat dan tick pada I’m Not a Robot
  8. Setelah selesai klik pada Submit. Seterusnya tunggu maklumbalas dari pihak Touch ‘n Go eWallet untuk langkah seterusnya.
  9. Selesai

ARTIKEL LAIN

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO:CARA CHECK BALANCE ONLINE

CARA RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *