UJIAN MEMANDU PERCUMA (Kelas B2 Teksi Bas eHailing)

PERMOHONAN BANTUAN UJIAN MEMANDU PERCUMA (Kelas B2 Teksi Bas eHailing)

APA ITU UJIAN MEMANDU PERCUMA

Menerusi belanjawan 2023, antara insentif yang diumumkan adalah Ujian memandu percuma bagi lesen motorsikal Kelas B2, Teksi, Bas dan eHailing. Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ini untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

Inisiatif utama program ini adalah bertujuan memberikan bantuan lesen bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.

KATAGORI KELAYAKAN UJIANMEMANDU PERCUMA

Pemberian inisiatif ini hanya difokuskan untuk individu yang ingin mengambil lesen dalam katagori berikut:

  1. Motorsikal Kelas b3
  2. Teksi
  3. Bas
  4. eHailing

KELAYAKAN PERMOHONAN UJIAN MEMANDU PERCUMA

Penerima bantuan ini diberikan keapda pemohon melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu:

  • warganegara Malaysia
  • tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • sihat tubuh badan dan mental
  • tiada kecacatan fizikal
  • tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.

CARA PERMOHONAN UJIAN MEMANDU PERCUMA

Buat masa ini belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak JPJ tentang cara permohonan bantuan ini.

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

Nota: Kadar harga mungkin berbeza mengikut institusi pusat belajar memandu dan juga berdasarkan pakej yang diambil seperti pakej belajar sampai lulus, pengambil pelajar di rumah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, julat harga lesen memandu di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Motorsikal B2: RM380 – RM450
  2. Teksi/eHailing: RM245 – RM250
  3. Bas: RM 1170 – RM1417

NOTA: Harga yang dikenakan juga mungkin berubahah dari semasa ke semasa. Anda boleh mennghubungi pusat belajar memandu berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan harga terkini ujian belajar memandu.

MAKLUMAT LANJUT

Sila dapatkan info disini :

  • Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  • No Telefon: 03-8000 8000
  • Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/

ARTIKEL LAIN 

eTesting JPJ: Cara Ambil Ujian Lesen Memandu Secara Automasi

Share your love

72 Comments

  1. Saya ingin memohon bantuan lesen memandu keluarga Malaysia .saya betoi2 perlu kn lesen

    • Saya nak borang lesan memandu motor peruma,so jpj sudah habis borang,so saya nak isi online boleh,kalau ada borang bagi email

  2. Saya ingin memohon permohonan bantuan lesen percuma.. Bagaimana Cara sy ingin mendaftar..

  3. Saya ingin memohon permohonan bantuan lesen percuma.. Bagaimana Cara sy ingin mendaftar

    Balas

  4. Salam… Disebabkan x mampu nk buat lesen atas alasan sakit n x dapat berkerja sy selalu kena saman😢.. xde sapa yg boleh bantu sy.. sy harap dapat laa kiranye bantuan buat sy untuk ambil lesen percuma, jika tidak saya asyik kena saman aja, sy x mampu sy sakit bagaimana caranye sy nk buat untuk masa depan sy yg gelap ni😢…

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *