PERMOHONAN BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR RM600 (LZSPEDULI)

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR RM600 (LZSPEDULI)

Kepada warga penduduk negeri Selangor yang terkesan akibat banjir yang melanda,  Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan bantuan zakat LZSPeduli bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah banjir ini. Bagaimana cara untuk membuat permohonan bantu LZSPeduli? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU BANTUAN ZAKAT LZSPEDULI

Bantuan ZakatSelangor (LZSPeduli) merupakan bantuan secara one-off yang diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

KADAR BAYARAN LZSPEDULI

Permohonan bantuan banjir sebanyak RM600 secara one-off kepada yang layak

TARIKH PERMOHONAN LZSPEDULI

Permohon yang ingin memohon boleh membuat permohonan bermula pada 21 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 secara atas talian.

SYARAT KELAYAKAN LZSPEDULI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan LZSPeduli:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.

NOTA: Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan mengikut katagori iaitu:

  1. Asnaf fakir, miskin, dan muallaf
    • Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
    • Penyata akaun bank.
  2. Bukan Asnaf
    • MyKad ketua keluarga dan tanggungan.
    • Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat.
    • Penyata akaun bank.

CARA PERMOHONAN BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR

Terdapat dua jenis cara permohonan mengikut katagori iaitu:

Cara Permohonan Untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Klik butang Mohon Bantuan Banjir Sekarang.
  4. Masukkan kod Captcha dan no kad pengenalan diikuti dengan butang Semak.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik Hantar Permohonan.
  6. Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
  7. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat
  8. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Cara Permohonan Bukan Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Klik butang Mohon Bantuan Banjir Sekarang.
  4. Masukkan kod Captcha dan no kad pengenalan diikuti dengan butang Semak.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik Hantar Permohonan.
  6. Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
  7. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
  8. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

NOTA :

  • Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

CARA PEMBAYARAN LZSPEDULI

Cara pembayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon yang didaftarkan. Pastikan pemohon:

 
  • kaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

NOTA: Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank pula, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran dan akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor (LZSPeduli), anda boleh:

ARTIKEL LAIN 

CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)
PAMPASAN KEROSAKAN RUMAH LPPSA (Permohonan Tuntutan Insurans Bencana Alam Banjir)

Share your love

One comment

  1. Assalamualaikum Tuan.Mcmana dengan permohonan saya untuk bantuan mangsa banjir pada 23/12/2021 tu ya.
    Berjaya atau tidak ?
    Nama: Mohd Taib bin Mahfodz
    Alamat : No 36,Jln Restu 5,Tmn Sri putri ,Meru ,
    Klang , Selangor.
    Tarikh banjir : 18/12 hingga 21/12/2021

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *