BANTUAN KHAS BERNAS 2023 (Permohonan RM250 Setiap Pesawah)
Kepada para pesawah terutamanya di Negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang akan menerima Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi 2022. Disini kami akan kongsikan kadar bantuan dan tarikh pembayaran, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN KHAS BERNAS
BERNAS ditubuhkan bagi menggantikan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 1996 dengan tanggungjawab memastikan keterjaminan bekalan beras negara yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), peruntukan Bantuan Khas sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberi keutamaan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pemberian bantuan khas ini diberikan selepas BERNAS bersetuju untuk menyalurkan RM10 juta pada tahun 2022 dan RM50 juta pada 2023 seperti yang diumum oleh Perdana Menteri sebelum ini.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS
Pemberian bantuan khas ini akan melibatkan seramai 20,598 orang pesawah di seluruh negara.
Pesawah akan menerima bantuan khas ini secara berperingkat bagi membantu meringankan beban hidup pesawah di dalam negara.
KADAR BANTUAN KHAS
Berikut adalah merupakan kadar bantuan khas yang akan diterima oleh pesawah iaitu sebanyak:
- RM250.00
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS
Bayaran bagi bantuan khas sesi 2022 ini akan disalurkan selewat-lewatnya 16 Januari ini.
CARA BAYARAN BANTUAN KHAS
Proses penyaluran bantuan ini sebanyak RM10 juta akan diberikan kepada pesawah di 3 buah negeri terlebih dahulu iaitu:
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
NOTA: Pesawah bagi di negeri lain akan menerima bantuan ini yang merangkumi bantuan keseluruhan sebanyak RM50 juta.
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS
Bantuan ini tidak memerlukan permohonan baharu daripada pewasah kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan agensi di bawahnya akan menyalurkan bantuan ini kepada semua pesawah yang berdaftar.
MAFS dan agensi di bawahnya kini sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah yang terlibat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas BERNAS ini, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di pautan https://www.mafi.gov.my/
ARTIKEL LAIN
HARTANI-I AGRO BANK (Permohonan Pembiayaan Tanah Pertanian)