BAGAIMANAKAH CARA BATALKAN RFID (Jika Tukar Kereta Baru)
Seperti yang kita ketahui, penggunaan tag pelekat / sticker RFID adalah hanya bagi sebuah kenderaan sahaja. Bagaimana sekiranya anda tukar kenderaan baru? Semestinya anda ingin mengetahui cara batalkan tag RFID lama anda. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU RFID
RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.
Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.
KELEBIHAN TAG RFID
Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.
CARA BATALKAN TAG RFID
Untuk membatalkan Tag RFID anda sekiranya ingin menukar ke eknderaan baru, terdapat 2 cara iaitu:
- Secara Atas Talian (Online)
- Layari pautan TNG RFID Portal: https://rfid.touchngo.com.my/login?fbclid=IwAR0JAMN9Ej5XsNBAHZYXNSpqwp4UlgXq1qwH_GJMhrIhCbfmMl1C6BkA2bU
- Log masuk akaun anda dengan memasukkan email dan kata laluan
- Pada paparan utama, pilih pada butiran kenderaan
- Seterusnya klik pada butang Actions
- Kemudian pilih Terminate Tag
- Hubungi Careline
- Hubungi TNG Careline di talian 03-27148888
- Ikut arahan dan takan #4 untuk urusan RFID
- Kemudian nyatakan butiran yang diperlukan seperti:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Nombor Pendaftaran Kenderaan terlibat
- Baki dalam eWallet TNG
- Kemudian pegawai akan membantu anda batalkan RGIF anda
NOTA: Bagi Tag RFGID baru pada kenderaan baharu anda hendaklah daftar terlebih dahulu dalam sistem.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Tag RFID, anda boleh layari pautan https://rfid.touchngo.com.my/main
ARTIKEL LAIN
PELEKAT RFID ROSAK (Cara Ganti Balik Secara Percuma)
Permohonan pembatalan akaun RFid lama sbb nak tukar akaun