CARA BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX (Daftar & Semak Bil Online)
Pada kali ini, artikel akan berkongsi kepada anda cara bayar bil TM UNIFI secara online daripada cara register login akaun hingga cara menyemak bil Unifi anda. Sememangnya, pembayaran bil secara online amat memudahkan urusan harian kita dan sangat cepat. Bak kata TM ‘Life Made Easier’. Jika anda merasakan maklumat ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan anda!
CARA REGISTER TM STREAMYX UNIFI(BAYAR BIL ONLINE)
Berikut adalah cara untuk register akaun Unifi anda secara online :
Berikut adalah langkah-langkah untuk pendaftaran di portal Unifi:
- Layari portal Unifi di https://unifi.com.my/ atau muat turun aplikasi Unifi.
- Pada halaman utama, pilih menu atas dan klik pada “Support”. Pop-up akan muncul, kemudian klik “Fibre broadband”.
- Pada halaman seterusnya, klik “Login/Register” di bahagian atas sebelah kanan.
- Klik “REGISTER NOW!” dan masukkan nama penuh, emel, dan kata laluan anda. Anda juga boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google.
- Setelah mengisi maklumat, tandakan kotak “Term Of Use” dan klik butang “LET’S DO THIS”.
- Anda akan diminta untuk memeriksa emel anda untuk tujuan pengesahan. Buka emel tersebut dan klik “verify email”.
- Anda akan secara automatik login dan nama anda akan dipaparkan, namun maklumat anda belum lengkap.
- Untuk melengkapkan maklumat, anda perlu mendaftar melalui digitalme.
Langkah-langkah untuk pendaftaran digitalme adalah seperti berikut:
- Layari portal https://unifi.com.my/ seperti langkah pertama.
- Klik pada “Login/Register” di bahagian atas kanan.
- Pop-up digitalme akan muncul. Masukkan nama anda dan klik “next”.
- Masukkan emel anda dan klik “next”. Kemudian, masukkan kata laluan dan klik “next”.
- Pada paparan “Choose your ID Type”, pilih satu daripada tiga pilihan iaitu National ID, Passport, atau Organisation. Masukkan nombor kad pengenalan jika memilih National ID, kemudian klik “CONFIRM”.
- Paparan akan menunjukkan “Profile Created!” yang menandakan profil digitalme anda berjaya dicipta. Klik “TAKE ME TO LOGIN” dan masukkan emel anda. Klik “NEXT”.
- Masukkan kata laluan yang telah anda cipta. Sahkan emel yang dihantar kepada anda untuk mengaktifkan akaun digitalme. Klik “VERIFY MY EMAIL” pada emel tersebut.
- Setelah emel anda diaktifkan, login digitalme dan paparan “term of use” akan muncul. Klik “ACCEPT” jika anda bersetuju.
- Klik “RETURN TO LOGIN” dan sekali lagi klik butang “CONTINUE”.
- Setelah berjaya login, kemaskini maklumat peribadi anda dan klik butang “NEXT”.
Pendaftaran anda kini berjaya!
CARA SEMAK BIL TM STREAMYX UNIFI ONLINE
Apabila anda sudah register Unifi melalui digitalme, anda boleh masuk ke akaun Unifi digitalme. Caranya :
- Layari portal https://unifi.com.my/ dan tekan pada butang LOGIN/REGISTER pada bahagian atas kanan.
- Apabila keluar pop-up, masukkan emel, tekan CONTINUE dan masukkan password yang telah anda setkan sebelum ini, tekan NEXT. Anda sudah berjaya login.
- Setelah berjaya login, paparan akan menunjukkan Dashboad akaun anda.
- Pada Dashboard ini, anda akan dapat melihat detail, bil semasa anda, bil yang lepas dan bayaran yang telah dibuat.
- Anda juga boleh muat turun bil yang lepas melalui dashboard ini.
CARA BAYAR BIL TMSTREAMYX UNIFI ONLINE BANKING
Berikut adalah cara untuk membuat pembayaran bil TM STREAMYX UNIFI online:
- Layari portal https://unifi.com.my/ dan tekan pada butang LOGIN/REGISTER pada bahagian atas kanan.
- Apabila keluar pop-up, masukkan emel, tekan CONTINUE dan masukkan password yang telah anda setkan sebelum ini, tekan NEXT. Anda sudah berjaya login.
- Pada dashboard anda, tekan butang PAY NOW. Pada paparan berikutnya, klik pada butang I AGREE & PAY NOW.
- Setelah itu, akan keluar pop-up Select Payment Method samada CREDIT CARD atau ONLINE BANKING.
- Pilih ONLINE BANKING dan akan tertera kotak FPX. Tekan pada kotak FPX dan tekan PROCEED.
- Anda akan dibawa ke paparan Payment Gateway. Pada paparan ini, pilih pada pilihan bank yang anda gunakan. Tekan NEXT untuk langkah seterusnya.
- Masukkan Username dan sahkan password untuk login ke banking online anda.
- Pop-up butiran pembayaran akan terpapar. Tekan Continue dan tekan Request for TAC. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda. Tekan Confirm jika telah selesai.
- Sekali lagi detail pembayaran akan terpapar. Klik pada butang Continue with Transaction dan klik Return to FPX. Pembayaran bil anda selesai!
- Anda akan kembali ke paparan Dashboard. Isikan review anda mengenai penggunaan portal Unifi untuk membuat pembayaran.
SOALAN LAZIM
Saya sudah mencipta akaun di portal Unifi, adakah akaun tersebut boleh digunakan untuk login aplikasi Unifi?
Ya, anda boleh login aplikasi Unifi dengan mengunakan emel dan password yang telah anda daftarkan.
Adakah cas yang dikenakan jika saya membuat pembayaran bil TM STREAMYX UNIFI online?
Tiada cas yang dikenakan. Anda hanya dikenakan cas ekstra sekiranya :
- Menukar pakej langganan
- Membeli / melanggan sesuatu
- Perkhidmatan baikpulih
- Pertukaran alat
Bagaimanakah cara untuk CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE mySAJ?
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang bayar bil TM UNIFI STREAMYX , sila kunjungi kaunter TM yang berdekatan atau melalui media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Unifi. Anda juga boleh menghantar sebarang aduan melalui emel [email protected] atau menelefon TM Contact Centre Service ditalian 100.