BAGAIMANAKAH CARA BAYAR LOAN KERETA PUBLIC BANK?
Pada masa kini kebanyakkan orang mesti memiliki sekurang-kurang sebuah kerata dan semestinya akan membuat loan bank untuk membeli kereta tersebut. Sekiranya anda adalah pelanggan kepada Public Bank, semestinya anda mengetahui bahawa Public Bank adalah salah satu daripada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan pembayaran kenderaan di Malaysia.Bagaimana cara untuk bayar loan kereta Public Bank? Disini kami kongsikan cara pembayaran mudah melalui Pbe Bank, semoga membantu.
APA ITU PBe BANK
Pbe Bank adalah sebuah portal online yang membolehkan kita membuat pindahan wang,pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan pembayaran bill dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu memiliki akaun Pbe Bank anda terlebih dahulu perlu memiliki akaun Public Bank yang masih aktif.
PEMBIAYAAN KERETA PUBLIC BANK
Anda boleh menggunakan perkhidmatan pembiayaan Public Bank untuk membeli kereta secara ansuran. Melalui pembiayaan kenderaan yang disediakan oleh Public Bank, pelanggan atau peminjam dibenarkan memilih jangka masa pinjaman kereta dari 12 bulan hingga 60 bulan.
Untuk Anda pelanggan Public Bank, Anda tidak perlu keliru lagi kerana Public Bank telah menyediakan perkhidmatan untuk semak baki pinjaman kereta Public Bank dan cara bayar loan kereta Public Bank melalui online.
CARA BAYAR LOAN KERETA PUBLIC BANK
Bayar Melalui Pbe Bank
Buat kali pertaman anda haruslah daftarkan dahulu Online Banking PBe Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan melalui Pbe Bank:
- layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
- Log masuk menggunakan User ID dan Kata Laluan anda.
- Pada menu utama Pilih Payment
- Kemudian pilih PB Loan/Financing Payment
- Seterusnya pilih pada To Other Account atau To Favourite Account
- Pilih From Account
- Kemudian anda dikehendaki untk lengkapkan butiran:
- Nombor Akaun loan/financing pada Beneficiary Account No
- Masukkan Beneficiary Name, Bank, dan Account No
- Masukkan Jumlah Amaun (RM)
- Setelah lengkapklik Next dan klik Request PAC Now untuk dapatkan kod TAC. Masukkan kod TAC
- Sahkan butiran yang dimasukkan dan klik pada Confirm untuk menyelesaikan bayaran
Cara Bayar Loan Public Bank Menggunakan ATM
Sekiranya di kawasan anda tidak mempunyai liputan internet yang kuat, anda juga boleh membayar loan kereta di ATM. Berikut adalah caranya:
- Pergi ke mana-mana ATM Public Bank
- Masukkan kad ATM dan PIN
- Pilih Transfer/Loans Repayment
- Pilih Loan Repayment
- Pilih Hire Purchase
- Masukkan Nombor Account dan Note Number (90010)
- Masukkan Jumlah Amaun yang akan di bayar
- Selesai
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)
CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)
CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK