BKSS 4.0: PERMOHONAN & SEMAKAN INISIATIF

BKSS 4.0: PERMOHONAN & SEMAKAN INISIATIF

BKSS 4.0

Kerajaan Sarawak menggariskan tujuh inisiatif dalam pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 (BKSS 4.0) bagi mengurangkan kesan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata langkah itu diputuskan berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini yang menjejaskan sektor perniagaan dan kehidupan rakyat.

Beliau berkata, keseluruhan peruntukan disediakan dalam pelaksanaan tujuh inisiatif dilaksanakan hingga Disember ini, berjumlah RM104.84 juta.

SENARAI INISIATIF BKSS 4.0

Tujuh inisiatif itu ialah:

  • diskaun bil elektrik
  • diskaun bil air
  • diskaun sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sebanyak 50 peratus untuk kediaman
  • bantuan ‘one off’ RM500 untuk pemandu e-hailing dan pengajar sekolah memandu.
  • potongan 50 peratus disediakan untuk sewa gerai, pengecualian yuran lesen dan pengecualian sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sektor runcit beroperasi di premis dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri atau badan berkanun

DISKAUN BIL ELEKTRIK BKSS 4.0

Diskaun bil elektrik sebanyak lima hingga 25 peratus dilaksanakan untuk bil Oktober hingga Disember bagi pengguna domestik, komersial dan perindustrian

Potongan harga itu akan memberi manfaat kepada 686,847 pengguna di seluruh Sarawak dan kos terkumpul diskaun berjumlah RM83.4 juta akan ditanggung kerajaan Sarawak.

DISKAUN BIL AIR BKSS 4.0

Mengenai diskaun bil air, Abang Johari berkata, pengguna domestik, komersial dan industri akan terus diberi potongan 10 peratus hingga 25 peratus untuk bil bagi Oktober hingga Disember 2020 yang memberi manfaat kepada 568,247 pengguna serta kerajaan menanggung sejumlah RM12.6 juta untuk inisiatif itu.

BKSS 4.0:BAYARAN ONE-OFF RM500 KEPADA PEMANDU e-hailing SARAWAK 

BKSS 4.0:BAYARAN ONE-OFF RM500 KEPADA GURU SEKOLAH MEMANDU SARAWAK

Langkah tambahan dalam BKSS 4.0, katanya, ialah bayaran one-off RM500 kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) dan guru sekolah memandu.

Kabinet Sarawak memutuskan untuk memberikan bantuan serupa kepada 2,396 pemandu e-panggilan dan 791 guru sekolah memandu di negeri ini adalah sebanyak RM1.59 juta dan pembayaran akan dibuat menerusi aplikasi Sarawak Pay.

Baca tentang SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 IKUT AKAUN BANK

DISKAUN 50 PERATUS SKIM SEWA RUMAH HDC

Mengenai diskaun 50 peratus bagi skim sewa rumah HDC merangkumi tempoh tiga bulan, dari Oktober hingga Disember ini, Abang Johari berkata, ia memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 pelanggan yang menyewa rumah HDC di seluruh Sarawak.

DISKAUN 50 PERATUS SEWA PASAR & GERAI

Untuk diskaun sebanyak 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai juga merangkumi jangka masa tiga bulan lagi hingga Disember ini dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja menyewa pasar dan gerai terutama di bawah bidang kuasa Majlis Tempatan

PENGECUALIAN PERMIT & YURAN LESEN

Kerajaan Sarawak terus memberikan pengeculian permit dan yuran lesen kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pengusaha tamu.

Pengeculian itu akan memberi faedah kepada pemegang lesen di pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sarawak dan akan meringankan beban rakyat yang menelan belanja kerajaan negeri sebanyak RM4.12 Juta.

PENGECUALIAN SEWA KEPADA PKS BKSS 4.0

Selain itu, kerajaan negeri juga akan terus memperluas pengecualian sewa kepada PKS di sektor runcit yang beroperasi di premis milik GLC.

Ia termasuk di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA).

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Layari portal https://www.sarawak.gov.my/

18 thoughts on “BKSS 4.0: PERMOHONAN & SEMAKAN INISIATIF”

  1. Apa yg bertuah nya jadi org sarawak tak bertuah pun..dri bulan 4 buat permohonan rayuan sampai skrang keputusan belum ada puihh.

    Balas
  2. asslmualaikm,,
    Saya nak tanya ttg bayaran bkss tuk julai , ogos , september bagi pemohon yg sbelum ini layak kmasukan rm250 slma 6bln dterima setiap bulan,tapi untuk bayaran 3 bulan sterusnya julai ogos september saya tak terima langsung sdgkn kakak saya layak dapat pbayaran status sama mcm saya,dh pn masuk.saya smpai sekarang xda terima pbayaran rm750

    Balas
    • Sy pun mula2 dpt itu pun hanya rm250 sy bujang sepatutnya mendpt rm500 thn lalu tp cuma dpt rm250…
      Tolonglah check betul2
      Wpun sy bujang tp sy byk tangungan…dahlah sy tiada pekerjaan selama sekolh tutup sy cuma pembantu dapur kentin sklh..

      Balas
  3. Selamat sejahtera,
    Kenapa Bujang one-off RM500, saya pun belum dikreditkan juga, saya buat rayuan permohonan bulan Jun lagi, sampai sekarang belum dikreditkan, setiap kali saya cek status, masih juga cakap kemaskinj dari bulan Jun, sedangkan rakan sekerja bujang yang lain semua sudah dikreditkan ke akaun mereka masing²

    Balas
  4. so bkss4.0 ni xda bgi apa2 lh ngn org yg dpt bkss 1500 dulu..??? bgi kat driver yg ada sumber income apa hal?? rakyat yg trjejas ni mcm mna???!

    Balas
  5. Bila agak nya mengemas kini data selesai ye? Sebab sy apply bulan 5 ni dah bulan 12.masih juga menunggu..semoga cepat mengemas kini data tu ye cik.saya harap lepas aduan ni sy boleh dapat bantuan bkss tu.sekian terima kasih

    Balas
  6. tipu..aku semak tiap bulan dri bulan meii..alu sikda masok..gunto ari nntik..bila gik mok masok..lpar jak rakyat

    Balas
  7. Rayuan anda berjaya…sampai skrg belum di krdt ke akuan bila nak tunggu…. 29.7.2020 udah rayuan berjaya sampai skrg tak masuk. Masuk ada betul kah ini….?????

    Balas
  8. Saya pun sama cakap dapat bantuan one-off 500.sampai sekarang pun Tak dapat..kenapa Cuba jelaskan….dah 4 Kali Saya col office mereka…ckp maklumat Saya Ada tapi keputusan belom lagi sampai Kat dia org………..ckp permohonan saya berjaya……tapi duit Tak dapat pun……..

    Balas
  9. Malangnya nasib ini…patik telah tercicir dri pandangan yng berhormat..kenyataan telah tertulis bgi penerima bsh2020,tak perlu mngisi form atau menyemak kelayakan tpi smpai tahun ni patik tak menerima sebarang bantuan bkss 2020 tu..dah

    Balas

Leave a Comment