SEMAKAN & KELAYAKAN PERMOHONAN SUBSIDI TUNAI RM200
Kepada pemilik kenderaan diesel persendirian individu, anda kini boleh membuat permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI yang dibawah katagori BUDI Agri-Komoditi. Disini kami akan kongsikan kepada and acara permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.
APA ITU BUDI AGRI-KOMODITI
BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
SYARAT KELAYAKAN
Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran subsidi diesel fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.
Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon. Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:
Petani Kecil | Warganegara Malaysia;Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu: – Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi) – Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan – Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; danMemohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan. |
Pekebun Kecil | Warganegara Malaysia;Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawahPekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawahPekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawahIndividu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; danMemohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan. |
NOTA: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan ini adalah dibuka mulai 28 Mei 2024.
CARA PERMOHONAN BUDI AGRI KOMODITI
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, setelah pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai.
Tiada permohonan secara manual dilakukan. walaubagaimanapun pemohon boleh hadir ke jabatan/ agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.
CARA PEMBAYARAN SUBSIDI DIESEL BUDI AGRI KOMODITI
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI AGRI-KOMODITI
Berapa lama proses kelulusan kelayakan bantuan BUDI Agri-Komoditi?
- Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Adakah petani / pekebun kecil yang tidak memiliki kenderaan jenis diesel, layak mendapat BUDI Agri-Komoditi?
- Layak sekiranya memenuhi kriteria seperti petani kecil atau pekebun kecil di atas dan berdaftar dengan agensi Kerajaan yang berkaitan di bawah KPKM dan KPK.
Bilakah tarikh pembayaran BUDI Agri-Komoditi akan dibuat?
- Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
PERMASALAHAN BERKAITAN BUDI AGRI-KOMODITI
- Pertanyaan berkaitan bantuan bagi petani kecil boleh dipanjangkan melalui talian KPKM: 03-88701207 dan e-mel : [email protected]. Waktu operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
- Pertanyaan barkaitan bantuan bagi pekebun kecil pula boleh dipanjangkan ke KPK melalui talian: 03-8880 3426/ 03-8880 3431 dan e-mel: [email protected]; Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).
- Pertanyaan umum bekenaan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada [email protected].
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BUDI Agri-Komoditi, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Kewangan
ARTIKEL BERKITAN:
- BUDI MADANI Program Bantuan Subsidi Diesel
- CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM (PERMOHONAN SUBSIDI)