BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE(Guna myTNB JOMPAY)

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE(Guna Aplikasi myTNB & Maybank2u CIMB CLICKS RHB Bank Rakyat dan Public Bank iaitu melalui JOMPAY)

Pastinya setiap bulan anda akan menerima Bil elektrik berserta jumlah bayaran yang dikenakan. Tak kira sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, kita perlu membayar bil elektrik yang jumlahnya bergantung kepada sejauh mana penggunaan tenaga elektrik yang kita pakai setiap hari. Bagaimana cara bayar bil elektrik online TNB? Disini kami kongsikan cara bayar mengunakan aplikasi myTNB dan juga online banking.

MUAT TURUN APLIKASI MyTNB

Untuk menggunakan cara ini, anda harus memuat nasi aplikasi myTNB terlebih dahulu:

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK  TNB GUNA APLIKASI myTNB

 Berikut adalah cara membuat pembayaran TNB menggunakan aplikasi:

  1. Buka aplikasi anda dan Log masuk. Bagi pengguna kali pertama anda harus daftar terlebih dahulu
  2. Berikut adalah cara daftar
    1. Buka aplikasi dan klik pada daftar
    2. Masukkan Butiran yang diperlukan sepertinama penuh, nombor kad pengenalan, emel anda yang aktif, nombor telefon dan password anda inginkan.
    3. Masukkan nombor pin empat angka yang anda terima.
    4. Tambahkan akaun bil elektrik anda. Anda boleh masukkan lebih daripada satu akaun bil elektrik dalam aplikasi anda.
  3. Seterusnya klik pada ‘Current Bill’ di bahagian dashboard. Bil terkini akan keluar dalam bentuk PDF.
  4. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Bill’ untuk lihat bil dan sejarah bayaran.
  5. Sila tekan butang ‘Pay’ di bahagian dashboard. Pengguna boleh membuat bayaran secara kad kredit atau Online Banking menerusi FPX (transaksi bank).
  6. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.

CARA BAYAR BIL TNB ONLINE BANKING

Untuk menggunakan pembayaran TNB dengan menggunakan online banking, terdapat beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat dan Public Bank iaitu menggunakan JOMPAY. Berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan perbankan online yang anda inginkan.
  2. Log masuk akaun perbankan online anda
  3. Pada menu, pilih pada Pay
  4. Seterusnya klik pada JOMPAY
  5. Masukkan kod JomPAY TNB iaitu 5454
  6. Masukkan No Akaun bil TNB yang anda ingin bayar
  7. Masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
  8. Seterusnya klik pada Payment
  9. Masukkan TAC/OTP/PAC yang diterima.
  10. Pembayaran anda selesai

NOTA: Untuk menggunakan pembayaran secara online banking, pastikan anda klik pada JOMPAY dan masukkan Biller Code TNB iaitu 5454

ARTIKEL LAIN

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *